Faktor-faktor sosial yang mempengaruhi jangkitan HIV dalam kalangan lelaki berketurunan India HIV positif di Malaysia

Human Immunodeficiency Virus (HIV) adalah hasil daripada cabaran perilaku sosial dan biologi yang dikaitkan dengan pelbagai faktor sejarah, budaya, ekonomi, politik, kelas sosial, dan penyingkiran sosial antara jantina minoriti di dunia. Ke arah mencapai pemahaman ini, kajian ini bertujuan untuk men...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Sarasuphadi Munusamy,, Kamal Solhaimi Fadzil,, Raja Iskandar Shah Raja Azwa,, Ahmad Sabri Abd. Samat,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2018
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/11947/1/15793-73983-1-PB.pdf
http://journalarticle.ukm.my/11947/
http://ejournal.ukm.my/akademika/issue/view/862
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Human Immunodeficiency Virus (HIV) adalah hasil daripada cabaran perilaku sosial dan biologi yang dikaitkan dengan pelbagai faktor sejarah, budaya, ekonomi, politik, kelas sosial, dan penyingkiran sosial antara jantina minoriti di dunia. Ke arah mencapai pemahaman ini, kajian ini bertujuan untuk meneroka faktor-faktor sosiologi yang mempengaruhi risiko jangkitan HIV dalam kalangan lelaki berketurunan India di Semenanjung Malaysia. Kajian kualitatif ini berasaskan maklumat yang diperolehi daripada hasil temu bual mendalam ke atas 14 responden lelaki yang juga dijangkiti penyakit HIV. Faktor-faktor sosial dan ekonomi merupakan punca utama yang mempengaruhi responden terlibat dalam tingkah laku risiko tinggi. Responden yang berumur lewat 30-an menyatakan migrasi dalaman dan pengaruh persekitaran, diikuti kemiskinan dan pengangguran antara faktor-faktor yang mempengaruhi tingkah laku berisiko tinggi. Manakala, beberapa faktor yang mempengaruhi risiko jangkitan HIV bagi golongan muda termasuk penyalahgunaan alkohol, pendedahan kepada siber seks, pelancongan seks, hubungan seks rambang, persekitaran asrama kerja di luar negara dan pemerkosaan atau penderaan seksual. Walaubagaimanapun, kurang pengetahuan dan kesedaran terhadap mod jangkitan HIV merupakan salah satu indikator utama dalam mengenal pasti punca risiko jangkitan dalam kalangan kohort kajian.Hasil kajian ini dapat digunakan bagi merancang program intervensi bagi menangani risiko jangkitan HIV dalam kalangan lelaki Malaysia berketurunan India secara khususnya, dan golongan lelaki secara amnya di Malaysia.