Penilaian analisis keperluan kepada penggunaan bahasa isyarat bagi orang kurang upaya (OKU) kategori masalah pendengaran
Bahasa isyarat menjadi bahasa komunikasi utama Orang Kurang Upaya (OKU) kategori kurang pendengaran bagi berurusan dengan manusia normal. Walaupun ramai manusia normal ingin berkomunikasi dengan OKU kurang pendengaran, namun disebabkan kurang kemahiran dalam berbahasa isyarat menyukarkan mereka u...
Saved in:
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
2020
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.unisza.edu.my/7378/1/FH02-FSSG-20-46273.pdf http://eprints.unisza.edu.my/7378/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Bahasa isyarat menjadi bahasa komunikasi utama Orang Kurang Upaya (OKU) kategori kurang pendengaran
bagi berurusan dengan manusia normal. Walaupun ramai manusia normal ingin berkomunikasi dengan OKU
kurang pendengaran, namun disebabkan kurang kemahiran dalam berbahasa isyarat menyukarkan mereka
untuk berkongsi maklumat diantara satu sama lain. OKU kurang pendengaran perlu membuat temu janji
terlebih dahulu dengan Jurubahasa Isyarat (JBI) apabila ingin menggunakan perkhidmatan penterjemah.
Jika di sektor pejabat awam pula, kebiasannya amat sukar bagi golongan ini untuk berkomunikasi,
apatah lagi apabila melibatkan urusan rasmi dan kebajikan. Di luar negara, urusan seperti pentadbiran,
keagamaan dan papan tanda di jalan raya telah mengadaptasi bahasa isyarat untuk memudahkan OKU
kurang pendengaran. Justeru itu, kajian awal ini akan mengenalpasti tahap keperluan dan penggunaan
bahasa isyarat di Terengganu agar permasaalahan OKU kurang pendengaran dapat diatasi. Kaedah
analisis regrasi digunakan bagi mengetahui kekuatan hubungan diantara keperluan dengan penggunaan
di dalam kajian ini. Seramai sembilan belas responden yang terdiri daripada ahli Persatuan Orang Pekak
Terengganu (POPT) telah dipilih bagi menguji instrument kajian. Hasil kajian menunjukkan, hubungan
dari kedua-dua pembolehubah iaitu keperluan dengan penggunaan adalah signifikan dengan nilai R²
0.624 (62.4%). Hasil kajian juga menunjukkan terdapat hubungan yang positif diantara keperluan dengan
penggunaan bahasa isyarat bagi kalangan OKU kurang pendengaran. Kesimpulannya, hasil kajian ini
boleh dijadikan rujukan utama bagi pihak berkepentingan dalam mengaplikasikan dan mempertingkatkan
lagi keperluan dan penggunaan bahasa isyarat, agar ianya bukan sahaja diketahui oleh golongan OKU
kurang pendengaran tetapi juga manusia normal. Hal ini penting bagi memudahkan komunikasi OKU
dalam melengkapkan kefungsian sosial mereka. |
---|