Keperluan Penilaian Pelaksanaan Mata Pelajaran Maharat Al-Quran di Sekolah Menengah Tahfiz Model Ulul Albab

Penyelidikan ini merupakan kajian terhadap keperluan penilaian pelaksanaan mata pelajaran Maharat al-Quran di Sekolah Menengah Tahfiz Model Ulul Albab. Selaras dengan perubahan gelombang pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menyediakan program Tahfiz Model Ulul Albab (TMUA) yan...

全面介紹

Saved in:
書目詳細資料
Main Authors: Mohd Saad, Mohd Faizulamri, Mohamad, Sabri, Abdul Majid, Latifah, Nik Abdullah, Nik Md. Saiful Azizi, Muhamad Isa, Rabi’atul Athirah
格式: Article
語言:English
出版: 2021
主題:
在線閱讀:http://irep.iium.edu.my/90429/1/138-274-1-SM.pdf
http://irep.iium.edu.my/90429/
http://spaj.ukm.my/jalturath/index.php/jalturath
標簽: 添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
實物特徵
總結:Penyelidikan ini merupakan kajian terhadap keperluan penilaian pelaksanaan mata pelajaran Maharat al-Quran di Sekolah Menengah Tahfiz Model Ulul Albab. Selaras dengan perubahan gelombang pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menyediakan program Tahfiz Model Ulul Albab (TMUA) yang mengintegrasikan ilmu secara bersepadu. Kurikulum TMUA yang menggabungkan tiga elemen penting iaitu Quranik, Ijtihadik dan Ensiklopedik ini telah bermula sejak tahun 2014 lagi. Melihat kepada sejarah penubuhan TMUA yang baru menjangkau enam tahun penubuhannya, maka kertas kerja ini membincangkan penilaian kemudahan dan alat bantu mengajar semasa pelaksanaan kurikulum Maharat al-Quran dan kaedah pengajaran guru TMUA. Fokus perbincangan juga melibatkan beberapa isu dan permasalahan yang berbangkit merangkumi beberapa elemen penting tentang mata pelajaran Maharat al-Quran ini. Reka bentuk kajian bersifat kualitatif ini melibatkan empat orang guru TMUA yang mewakili sekolah TMUA setiap zon di Semenanjung Malaysia. Dapatan kajian menunjukkan kemudahan dan alat bantu mengajar memberikan impak yang tinggi terhadap keberkesanan pengajaran dan pemudahcaraan. Para guru juga mempunyai kesediaan yang tinggi terhadap elemen PAK 21 ketika PdPc. Di samping itu, kertas kajian ini juga membincangkankan beberapa kajian lepas yang berkaitan dengan isu yang dikaji serta mencadangkan akan keperluan membuat penilaian terhadap mata pelajaran elektif dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ini sebagai usaha membuat penambahbaikan terhadap pelaksanaan sedia ada di Sekolah Menengah TMUA.