Keberkesanan bantuan zakat pendidikan terhadap generasi kedua asnaf: kajian kes di Lembah Klang / Mohd Suffian Mohamed Esa, Wan Nur Fazni Wan Mohamad Nazarie dan Norfhadzilahwati Rahim
Zakat merupakan suatu ibadah wajib yang dapat membantu menyelesaikan permasalahan sosioekonomi ummah. Insitusi zakat dilihat sebagai pihak yang bertanggungjawab untuk memantau dan mengagihkan bantuan kepada golongan asnaf yang layak. Sungguhpun saban tahun belanjawan agihan zakat terus meningkat, pe...
محفوظ في:
المؤلفون الرئيسيون: | , , |
---|---|
التنسيق: | مقال |
اللغة: | English |
منشور في: |
Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS)
2024
|
الموضوعات: | |
الوصول للمادة أونلاين: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/100014/1/100014.pdf https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/100014/ https://myjms.mohe.gov.my/index.php/E-Jitu/issue/view/1917 |
الوسوم: |
إضافة وسم
لا توجد وسوم, كن أول من يضع وسما على هذه التسجيلة!
|
الملخص: | Zakat merupakan suatu ibadah wajib yang dapat membantu menyelesaikan permasalahan sosioekonomi ummah. Insitusi zakat dilihat sebagai pihak yang bertanggungjawab untuk memantau dan mengagihkan bantuan kepada golongan asnaf yang layak. Sungguhpun saban tahun belanjawan agihan zakat terus meningkat, permasalahan yang berlaku adalah kurangnya pengukuran impak keberkesanan agihan zakat tersebut kepada golongan asnaf. Keadaan ini menyebabkan impak pengagihan zakat tidak dilaporkan seterusnya menyebabkan tahap keyakinan masyarakat dan pemegang taruh terjejas. Bagi menyelesaikan isu ini, kajian dilaksanakan bertujuan merangka model serta menilai tahap keberkesanan agihan zakat bagi sektor pendidikan berpandukan prinsip maqasid syariah. Kajian ini menggunakan metodologi penyelidikan secara kuantitatif ke atas penerima bantuan zakat di sekitar Lembah Klang melalui kaedah `Change Assessment and Scoring Tool ‘(CAST).’ Hasil kajian mendapati secara keseluruhannya majoriti generasi kedua asnaf yang menerima zakat pendidikan berjaya di samping menunjukkan perubahan positif bagi setiap elemen maqasid syariah yang dikaji. Perubahan positif ini masih boleh dipertingkatkan dengan komitmen dan sokongan semua pihak sama ada dari pihak zakat atau diri asnaf itu sendiri. Kesimpulannya, golongan asnaf yang mendapat bantuan zakat pendidikan ini telah berupaya mengubah tahap kehidupan mereka ke arah yang lebih baik melalui kaca mata maqasid syariah. |
---|