Keberkesanan bantuan zakat pendidikan terhadap generasi kedua asnaf: kajian kes di Lembah Klang / Mohd Suffian Mohamed Esa, Wan Nur Fazni Wan Mohamad Nazarie dan Norfhadzilahwati Rahim

Zakat merupakan suatu ibadah wajib yang dapat membantu menyelesaikan permasalahan sosioekonomi ummah. Insitusi zakat dilihat sebagai pihak yang bertanggungjawab untuk memantau dan mengagihkan bantuan kepada golongan asnaf yang layak. Sungguhpun saban tahun belanjawan agihan zakat terus meningkat, pe...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mohamed Esa, Mohd Suffian, Wan Mohamad Nazarie, Wan Nur Fazni, Rahim, Norfhadzilahwati
Format: Article
Language:English
Published: Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS) 2024
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/100014/1/100014.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/100014/
https://myjms.mohe.gov.my/index.php/E-Jitu/issue/view/1917
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Zakat merupakan suatu ibadah wajib yang dapat membantu menyelesaikan permasalahan sosioekonomi ummah. Insitusi zakat dilihat sebagai pihak yang bertanggungjawab untuk memantau dan mengagihkan bantuan kepada golongan asnaf yang layak. Sungguhpun saban tahun belanjawan agihan zakat terus meningkat, permasalahan yang berlaku adalah kurangnya pengukuran impak keberkesanan agihan zakat tersebut kepada golongan asnaf. Keadaan ini menyebabkan impak pengagihan zakat tidak dilaporkan seterusnya menyebabkan tahap keyakinan masyarakat dan pemegang taruh terjejas. Bagi menyelesaikan isu ini, kajian dilaksanakan bertujuan merangka model serta menilai tahap keberkesanan agihan zakat bagi sektor pendidikan berpandukan prinsip maqasid syariah. Kajian ini menggunakan metodologi penyelidikan secara kuantitatif ke atas penerima bantuan zakat di sekitar Lembah Klang melalui kaedah `Change Assessment and Scoring Tool ‘(CAST).’ Hasil kajian mendapati secara keseluruhannya majoriti generasi kedua asnaf yang menerima zakat pendidikan berjaya di samping menunjukkan perubahan positif bagi setiap elemen maqasid syariah yang dikaji. Perubahan positif ini masih boleh dipertingkatkan dengan komitmen dan sokongan semua pihak sama ada dari pihak zakat atau diri asnaf itu sendiri. Kesimpulannya, golongan asnaf yang mendapat bantuan zakat pendidikan ini telah berupaya mengubah tahap kehidupan mereka ke arah yang lebih baik melalui kaca mata maqasid syariah.