Ping pong bersama Perodua / Siti Azlina Rosli

7 Oktober 2023 (Sabtu) - Persatuan Staf dan Kebajikan Kakitangan (PSKK) UiTM Cawangan Pulau Pinang telah mengadakan perlawanan persahabatan bersama Perodua (Zon Utara) di UiTM Cawangan Pulau Pinang (Kampus Permatang Pauh). Sebanyak 12 acara telah dipertandingkan dan cik Siti Azlina telah dijemput se...

وصف كامل

محفوظ في:
التفاصيل البيبلوغرافية
المؤلف الرئيسي: Rosli, Siti Azlina
التنسيق: Monograph
اللغة:English
منشور في: Unit Penerbitan Jabatan Sains Gunaan 2024
الموضوعات:
الوصول للمادة أونلاين:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/100226/1/100226.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/100226/
الوسوم: إضافة وسم
لا توجد وسوم, كن أول من يضع وسما على هذه التسجيلة!
الوصف
الملخص:7 Oktober 2023 (Sabtu) - Persatuan Staf dan Kebajikan Kakitangan (PSKK) UiTM Cawangan Pulau Pinang telah mengadakan perlawanan persahabatan bersama Perodua (Zon Utara) di UiTM Cawangan Pulau Pinang (Kampus Permatang Pauh). Sebanyak 12 acara telah dipertandingkan dan cik Siti Azlina telah dijemput sebagai pemain ping pong dan digandingkan bersama Dr Norain Isa dari Pusat Pengajian Kejuruteraan Kimia sebagai pasukan bergu wanita. Gandingan pasukan bergu ini telah memenangi perlawanan persahabatan bersama pihak Perodua (Zon Utara) dengan mata skor 4 berbalas 1. Setelah kesemua kemenangan telah dibolot oleh pasukan pingpong dari UiTM Cawangan Pulau Pinang, pihak Perodua Zon Utara telah meminta satu pertandingan bergu campuran lagi untuk memberikan pengalaman dan ilmu kepada pasukan Perodua Zon Utara. Oleh itu, cik Siti Azlina telah dipilih sekali lagi untuk menyertai pasukan bergu campuran bersama salah seorang staf lelaki (PSKK) yang terpilih. Pasukan bergu campuran ini juga telah memenangi perlawanan tersebut dengan mata skor 3 berbalas 2. Tahniah diucapkan kepada semua Jawatankuasa Persatuan Staf dan Kebajikan Kakitangan (PSKK) UiTM Cawangan Pulau Pinang, pengurus pasukan dan pemain yang telah menjayakan perlawanan persahabatan pada tahun ini.