Santai-santai petanque / Siti Azlina Rosli

13 Oktober 2023 (Jumaat) – Pihak Pusat Pengajian Kejuruteraan Kimia telah menjemput beberapa orang staf luar fakulti mereka untuk bersama-sama beriadah dengan bermain petanque. Oleh itu, pihak Jabatan Sains Gunaan telah menghantar empat orang staf di bawah kumpulan “TEAM ROJAK” iaitu cik Siti Azlina...

全面介绍

Saved in:
书目详细资料
主要作者: Rosli, Siti Azlina
格式: Monograph
语言:English
出版: Unit Penerbitan Jabatan Sains Gunaan 2024
主题:
在线阅读:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/100229/1/100229.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/100229/
标签: 添加标签
没有标签, 成为第一个标记此记录!
实物特征
总结:13 Oktober 2023 (Jumaat) – Pihak Pusat Pengajian Kejuruteraan Kimia telah menjemput beberapa orang staf luar fakulti mereka untuk bersama-sama beriadah dengan bermain petanque. Oleh itu, pihak Jabatan Sains Gunaan telah menghantar empat orang staf di bawah kumpulan “TEAM ROJAK” iaitu cik Siti Azlina Rosli, Ts Dr Haslinda Abdul Hamid, Puan Marina Mokhtar dan Puan Atikah Rohaini. Setibanya di gelanggang petanque, kesemua peserta terlibat telah diberikan taklimat dan penerangan tentang cara asas dan pengiraan mata dalam permainan petanque kerana rata-rata peserta yang terlibat tidak mempunyai pengalaman dalam sukan ini malah ini adalah kali pertama bagi sesetengah peserta terlibat. Keputusan rasmi bagi “Santai-Santai Petanque” telah berpihak kepada team Rojak di mana team ini telah memenangi perlawanan pada kali ini dengan 8 mata berbalas 2. Walaupun semua pemain berada di bawah cahaya matahari selama 30 minit sahaja dan selebihnya di bawah hujan, mereka telah menunjukkan semangat kesukanan dan kerjasama yang tinggi dengan berjaya menamatkan permainan mereka dengan bergaya. Terima kasih atas jemputan dan tunjuk ajar dari pihak Pusat Pengajian Kejuruteraan Kimia. Diharapkan ukhuwah antara Jabatan Sains Gunaan dan pihak Pusat Pengajian Kejuruteraan Kimia akan terus subur dan berterusan.