Teks ucapan sempena Bertam Beraya : Meriahnya Aidilfitri / Prof. Ir. Dr. Haji Rashidy Razali

Assalamualaikum w.r.t. Salam Malaysia Madani 1. Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua yang ada di sini. Sesungguhnya, saya secara peribadi ingin menyatakan penghargaan dan terima kasih kepada Penolong Rektor Kampus Bertam, Encik Amir Heberd Abdull...

詳細記述

保存先:
書誌詳細
第一著者: Razali, Rashidy
フォーマット: Conference or Workshop Item
言語:English
出版事項: 2023
主題:
オンライン・アクセス:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/101076/1/101076.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/101076/
タグ: タグ追加
タグなし, このレコードへの初めてのタグを付けませんか!
その他の書誌記述
要約:Assalamualaikum w.r.t. Salam Malaysia Madani 1. Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua yang ada di sini. Sesungguhnya, saya secara peribadi ingin menyatakan penghargaan dan terima kasih kepada Penolong Rektor Kampus Bertam, Encik Amir Heberd Abdullah dan semua warga Kampus Bertam kerana menjemput saya ke Majlis Bertam Beraya : Meriahnya Aidilfitri. Saya juga mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang berusaha bersungguh-sungguh untuk menjayakan majlis ini. Tidak lupa juga saya mengalu-alukan kehadiran para tetamu istimewa UiTM Cawangan Pulau Pinang yang terdiri daripada rakan-rakan strategik dan rakan industri yang senantiasa menyokong pelbagai program dan aktiviti yang dianjurkan. Terima kasih semua. Hadirin sekalian, 2. Aidil fitri juga adalah saat di mana kita harus melapangkan dada serta fikiran bermaaf-maafan sesama sendiri. Andai tersilap bicara, terkasar bahasa, hulurkan lah kedua belah tangan dengan penuh keikhlasan memohon ampun dan maaf baik di kalangan ahli keluarga sendiri, sahabat, teman, rakan sepejabat, jiran tetangga tanpa mengenal usia. Murnikan lah bulan syawal ini dengan saling bermaaf-maafan bagi menggukuhkan dan mempereratkan lagi tali silaturrahim kerana bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat. Seperti mana bait-bait pepatah inggeris, let’s us forgives and forget