Teks ucapan sempena Keluarga Bertam: Raikan Bersama / Amir Heberd Abdullah

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh Salam Malaysia Madani 1. Alhamdulillah, marilah kita sama-sama memanjatkan kesyukuran ke hadrat ALLAH S.W.T. kerana dengan limpah dan kurniaNya dapat kita bersama-sama pada hari ini, berhimpun untuk bersama-sama meraikan majlis “Keluarga Bertam: Raikan...

詳細記述

保存先:
書誌詳細
第一著者: Abdullah, Amir Heberd
フォーマット: Conference or Workshop Item
言語:English
出版事項: 2024
主題:
オンライン・アクセス:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/105699/1/105699.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/105699/
タグ: タグ追加
タグなし, このレコードへの初めてのタグを付けませんか!
その他の書誌記述
要約:Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh Salam Malaysia Madani 1. Alhamdulillah, marilah kita sama-sama memanjatkan kesyukuran ke hadrat ALLAH S.W.T. kerana dengan limpah dan kurniaNya dapat kita bersama-sama pada hari ini, berhimpun untuk bersama-sama meraikan majlis “Keluarga Bertam: Raikan Bersama” sempena sambutan Hari Raya peringkat Kampus Bertam. Tidak lupa juga barisan Jawatankuasa Eksekutif Negeri, wakil Syarikat konsesi, wakil Kesatuan Kakitangan umum UiTM dan staf yang bersara yang hadir pada hari ini. Terima kasih banyak-banyak kerana sudi meluangkan masa untuk menyambut hari raya bersama kami, walaupun telah menginjak masuk ke dalam bulan Zulkaedah 1445H. Semoga kehadiran anda semua dapat memeriahkan lagi sambutan Hari Raya Kampus Bertam bagi tahun 2024. 2. Tahun ini majlis “Keluarga Bertam: Raikan Bersama” 2024 diharapkan dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara kita semua dalam meraikan kemeriahan syawal yang lalu. Mudahmudahan dengan terlaksananya aktiviti seperti ini, dapat menguatkan lagi ikatan sesama warga khususnya warga Kampus Bertam. Dikesempatan ini juga marilah kita sama-sama memohon kemaafan. Kalau ada silap dan salah janganlah disimpan di dalam hati. Bersama-samalah kita memberi kemaafan atas segala kekhilafan perbuatan secara sengaja atau tidak sengaja dilakukan. Semoga tiada hati yang terluka. Hadirin yang dihormati sekalian 3. Tanggal 16 Mei hari ini adalah bersamaan dengan sambutan hari guru yang disambut setiap tahun di Malaysia. Sambutan ini penting bagi menghargai segala jasa dan pengorbanan mereka dalam mendidik kita sebagai insan yang berguna. Kejayaan kita pada hari ini tidak mampu tercapai tanpa bimbingan dan dorongan daripada guru sewaktu kita menuntut ilmu. Bagi menghargai jasa guru, marilah sama-sama kita meraikan ucap selamat kepada guru-guru yang telah mendidik kita selama ini. “Selamat Hari Guru kepada semua barisan pensyarah”.