Bicara koordinator prasiswazah / Hisyam Mohd Radzi

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera, Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani, syukur kita panjatkan ke hadrat Ilahi atas segala nikmat dan rahmat-Nya yang tidak terhingga. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga serta p...

詳細記述

保存先:
書誌詳細
第一著者: Mohd Radzi, Hisyam
フォーマット: Monograph
言語:English
出版事項: Unit Penerbitan Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS) 2024
主題:
オンライン・アクセス:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/108129/1/108129.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/108129/
タグ: タグ追加
タグなし, このレコードへの初めてのタグを付けませんか!
その他の書誌記述
要約:Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera, Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani, syukur kita panjatkan ke hadrat Ilahi atas segala nikmat dan rahmat-Nya yang tidak terhingga. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga serta para sahabat baginda. Alhamdulillah, dengan penuh rasa syukur, saya mengalu-alukan para pembaca yang budiman ke Buletin ACIS Edisi 2024. Buletin ini hadir sebagai wadah ilmiah yang menghubungkan antara tradisi keilmuan Islam dan realiti kontemporari, mengetengahkan kesarjanaan Islam dalam masyarakat. Kesarjanaan Islam kontemporari bukan sekadar tentang kajian teks-teks klasik, tetapi juga melibatkan penerapan prinsip-prinsip Islam dalam konteks moden. Ia menuntut kefahaman mendalam terhadap warisan intelektual Islam, serta kemampuan untuk menginterpretasi dan mengaplikasikannya dalam menangani isu-isu semasa. Kesarjanaan yang benar benar bermakna adalah yang mampu menterjemahkan ilmu menjadi tindakan yang memberi manfaat kepada masyarakat. Ia menuntut para sarjana untuk keluar dari menara gading dan terlibat secara aktif dalam menangani cabaran-cabaran semasa, baik di peringkat komuniti, nasional mahupun global. Melalui buletin ini, kami berharap dapat menyumbang kepada pembangunan modal insan yang berilmu, berintegriti, dan peka terhadap realiti sosial. Kami menyasarkan untuk menjadikan wacana akademik lebih mudah diakses dan difahami oleh masyarakat umum, serta menunjukkan bagaimana prinsip-prinsip Islam dapat diterapkan dalam pelbagai aspek kehidupan moden.