Pembangunan spiritual dalam program pembangunan insan asnaf fakir dan miskin di Lembaga Zakat Selangor: satu tinjauan awal / Emie Sylviana Mohd Zahid and Hasan Bahrom

Program Pembangunan Insan merupakan salah satu program agihan zakat yang disediakan oleh Lembaga Zakat Selangor (LZS) kepada asnaf fakir dan miskin sebagai satu usaha untuk memenuhi kehendak spiritual dan menjadi insan yang rabbani. Terdapat pelbagai modul dan latihan yang disediakan oleh pihak LZS...

وصف كامل

محفوظ في:
التفاصيل البيبلوغرافية
المؤلفون الرئيسيون: Mohd Zahid, Emie Sylviana, Bahrom, Hasan
التنسيق: Conference or Workshop Item
اللغة:Malay
منشور في: 2014
الموضوعات:
الوصول للمادة أونلاين:http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/35450/1/35450.pdf
http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/35450/
الوسوم: إضافة وسم
لا توجد وسوم, كن أول من يضع وسما على هذه التسجيلة!
الوصف
الملخص:Program Pembangunan Insan merupakan salah satu program agihan zakat yang disediakan oleh Lembaga Zakat Selangor (LZS) kepada asnaf fakir dan miskin sebagai satu usaha untuk memenuhi kehendak spiritual dan menjadi insan yang rabbani. Terdapat pelbagai modul dan latihan yang disediakan oleh pihak LZS dalam membantu golongan asnaf fakir dan miskin tersebut. Namun apakah pendekatan pembangunan spiritual yang digunakan oleh LZS dalam program pembangunan insan bagi membangunkan spiritual asnaf? Justeru itu, satu kajian dilakukan dengan menganalisis pendekatan pembangunan spiritual yang telah diterapkan dalam agihan dana zakat asnaf fakir dan miskin di LZS. Metodologi kajian ini adalah berbentuk kajian kepustakaan dan kajian lapangan dengan melakukan temubual berstruktur. Hasil tinjauan awal mendapati bahawa LZS amat menekankan soal ketakwaan kepada Allah S.W.T dan tazkiyah al-nafs melalui aktiviti Tahsinul Ibadah, Tahsinul Quran dan Program Syukur Asnaf dalam modul J.I.W.A dan modul Hijrah dibawah program pembangunan insan