Kajian terhadap corak agihan dan pembentukan modul agihan zakat di kalangan asnaf fakir dan miskin di pantai timur / Mohd Saufi Ismail, Hasan Bahrom and Wan Yusrol Wan Yusof

Institusi zakat memainkan peranan yang sangat besar dalam konteks mewujudkan keadilan dalam pengagihan semula kekayaan. Berasaskan kepada peruntukan perlembagaan, pentadbiran dan pengurusan zakat sama ada dari segi pungutan atau kutipan adalah di bawah kuasa Majlis Agama Islam negeri-negeri. Seseten...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Ismail, Mohd Saufi, Bahrom, Hasan, Wan Yusof, Wan Yusrol
Format: Research Reports
Language:English
Published: 2006
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/54595/1/54595.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/54595/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Institusi zakat memainkan peranan yang sangat besar dalam konteks mewujudkan keadilan dalam pengagihan semula kekayaan. Berasaskan kepada peruntukan perlembagaan, pentadbiran dan pengurusan zakat sama ada dari segi pungutan atau kutipan adalah di bawah kuasa Majlis Agama Islam negeri-negeri. Sesetengah negeri telah mewujudkan badan yang berasingan dalam urusan kutipan zakat sementara kuasa agihan masih diuruskan oleh Majlis-majlis Agama. Dalam hal ini, setiap negeri telah mengambil pendekatan tersendiri dalam urusan agihan zakat, menerusi perlaksanaan pelbagai program. Kajian tentang agihan zakat di kalangan asnaf fakir dan miskin khususnya kalangan negeri-negeri di Pantai Timur menunjukkan bahawa dasar dan prinsip yang menjadi landasan kepada program-program agihan antara ketiga-tiga negeri tersebut masih tidak selaras. Penyelesaian masalah kemiskinan yang dilaksanakan menerusi agihan zakat sebahagian besarnya bersifat penyelesaian sementara atau jangka pendek. Untuk mencapai matlamat agihan yang dapat mengeluarkan penerima dari kitaran kemiskinan, ianya memerlukan satu pendekatan yang konkrit dan bersifat jangka panjang. Menerusi kajian ini penyelidik mencadangkan satu model penyelesaian khususnya kepada asnaf fakir dan miskin yang menerima sumbangan secara bulanan.