Setinta kata dari koordinator / Ts. Dr. Rozita Kadar

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Dengan rasa penuh syukur kepada Allah SWT dan dengan izin-NYA, e-Buletin Edisi 10 telah berjaya diterbitkan. Pada kesempatan ini, saya ingin menyampaikan ucapan tahniah dan penghargaan yang tidak terhingga kepada semua ahli Jawatankuasa...

全面介紹

Saved in:
書目詳細資料
主要作者: Kadar, Rozita
格式: Monograph
語言:English
出版: Unit Penerbitan e-Buletin JSKM 2023
主題:
在線閱讀:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/88193/1/88193.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/88193/
標簽: 添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
實物特徵
總結:Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Dengan rasa penuh syukur kepada Allah SWT dan dengan izin-NYA, e-Buletin Edisi 10 telah berjaya diterbitkan. Pada kesempatan ini, saya ingin menyampaikan ucapan tahniah dan penghargaan yang tidak terhingga kepada semua ahli Jawatankuasa Unit Penerbitan e-Buletin Jabatan Sains Komputer dan Matematik (JSKM) atas usaha gigih mereka dalam menjayakan penerbitan ini. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada seluruh warga JSKM yang menunjukan tanda sokongan penuh kepada penerbitan kita ini dengan menyumbangkan artikel-artikel ilmiah untuk edisi kali ini. Dalam edisi kali ini, saya berusaha untuk mengenengahkan pensyarah tentang kepentingan cakna pelajar yang tergolong dalam kumpulan pelajar lemah. Betapa pentingnya kesediaan pensyarah untuk memahami keperluan pelajar yang kurang berkemampuan dalam pembelajaran. Sebagai pendidik, kita mempunyai tanggungjawab besar dalam memberikan pendidikan terbaik kepada semua pelajar. Mengambil tahu tentang pelajar-pelajar dalam kategori ini adalah kunci ke arah kejayaan pendidikan. Ini membolehkan kita memahami keperluan unik setiap pelajar dan menyediakan sokongan yang sesuai. Pengetahuan ini memungkinkan perancangan pengajaran yang lebih efektif dan memastikan bahawa pelajar yang kurang berkemampuan tidak terpinggirkan. Tambahan pula, ini membantu kita dalam mencipta persekitaran pembelajaran yang lebih inklusif dan mesra, di mana setiap pelajar merasa dihargai dan diterima. Dengan mengambil tahu tentang pelajar kurang berkemampuan, kita membuka pintu peluang bagi mereka untuk berkembang, belajar, dan memberi sumbangan yang lebih besar dalam masyarakat. Mari kita sama-sama teruskan usaha cemerlang ini, dan saya yakin kita akan terus meraih pencapaian yang lebih besar di masa depan