Kata alu-aluan ketua editor/ Dr. Siti Nurleena Abu Mansor

Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah rahmat-Nya Unit Penerbitan e-Buletin, Jabatan Sains Komputer dan Matematik (JSKM) berjaya menerbitkan e-Buletin JSKM Edisi 11, sesi 20242. Edisi kali ini menampilkan cover figure yang sangat berpengalaman. Istimewa kali ini ditampilkan Ts. Jamal Othman yan...

詳細記述

保存先:
書誌詳細
第一著者: Abu Mansor, Siti Nurleena
フォーマット: Monograph
言語:English
出版事項: Unit Penerbitan Dan Publisiti JSKM 2024
主題:
オンライン・アクセス:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/94825/1/94825.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/94825/
タグ: タグ追加
タグなし, このレコードへの初めてのタグを付けませんか!
その他の書誌記述
要約:Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah rahmat-Nya Unit Penerbitan e-Buletin, Jabatan Sains Komputer dan Matematik (JSKM) berjaya menerbitkan e-Buletin JSKM Edisi 11, sesi 20242. Edisi kali ini menampilkan cover figure yang sangat berpengalaman. Istimewa kali ini ditampilkan Ts. Jamal Othman yang berkongsi berkaitan tanggungjawab sebagai pemimpin di UiTM. Perkongsian beliau diharap dapat dijadikan rujukan serta meningkatkan motivasi pembaca sekalian Dalam terbitan ini, kami menghadirkan ragam artikel yang bervariasi dan inspiratif, yang diharapkan dapat membuka minda dan menbawa wawasan baharu kepada pembaca setia kami. Dalam setiap halaman, kami berusaha untuk menyediakan kandungan yang informatif, menghiburkan, di samping mendidik. Edisi kali ini turut menampilkan penulisan berkaitan konflik yang berpanjangan di Palestin, juga kehidupan sehari-hari masyarakat di sana. Di tengah-tengah ketegangan dan penderitaan, masih ada keajaiban kemanusiaan dan kecekalan yang menginspirasi daripada rakyat Palestin. Dalam perkongsian kisah-kisah Palestin, kami berharap dapat membuka mata dan hati pembaca kami untuk melihat lebih dari sekadar informasi.