Ta'liq tambahan dalam akad pernikahan : kajian di Ipoh Perak / Mohamad 'Azizuddin bin Aznan
Ta‘liq tambahan ialah ta‘liq yang tidak menyentuh secara khusus isu-isu terkandung dalam ta‘liq rasmi dan dibuat di hadapan pihak yang berkenaan seperti Pegawai Tadbir Agama. Keseluruhan kandungan ta‘liq berkenaan didokumenkan sebagai bukti kewujudan ta‘liq tambahan antara pasangan. Ta‘liq berkenaan...
محفوظ في:
الملخص: | Ta‘liq tambahan ialah ta‘liq yang tidak menyentuh secara khusus isu-isu terkandung dalam ta‘liq rasmi dan dibuat di hadapan pihak yang berkenaan seperti Pegawai Tadbir Agama. Keseluruhan kandungan ta‘liq berkenaan didokumenkan sebagai bukti kewujudan ta‘liq tambahan antara pasangan. Ta‘liq berkenaan dikaji bagi mencari penyelesaian terhadap permasalahan yang dihadapi oleh isteri akibat pengucapan ta‘liq lisan yang dibuat oleh suami secara sewenang-wenangnya. Hal ini kerana isteri menghadapi kesukaran membuktikan kewujudan ta‘liq lisan kepada mahkamah syariah
apabila aduan berkenaan difailkan. Situasi berkenaan menghalang isteri daripada mendapat pembelaan yang sewajarnya di mahkamah. Kajian ini meneliti ta‘liq
tambahan yang dibuat dalam kalangan masyarakat Ipoh kerana pengamalannya telah wujud. Menerusi kaedah persampelan bertujuan, pengkaji memilih salah seorang dari Pegawai Tadbir Agama Ipoh sebagai responden kerana pegawai berkenaan pernah berhadapan dengan permohonan pasangan untuk membuat ta‘liq tambahan dan mengendalikan ta‘liq berkenaan sehingga sempurna. Hasil kajian mendapati pegawai
yang dipilih telah mengendalikan empat ta‘liq tambahan bersama pasangan sepanjang bertugas sebagai Pegawai Tadbir Agama Ipoh. Bilangan pembentukan ta‘liq ini dianggap kecil berpunca dari pasangan yang tidak mengetahui mengenai ta‘liq
tambahan kerana kebanyakan ta‘liq berkenaan dibuat di sini hasil cadangan pegawai berkenaan kepada pasangan. Meskipun begitu, ta‘liq tambahan dapat berperanan sebagai pelengkap kepada penguatkuasaan ta‘liq rasmi kerana pasangan dapat
menambah sebarang tuntutan yang tidak dinyatakan dalam ta‘liq rasmi. Kesemua tuntutan berkenaan dibuat akibat kecuaian suami dalam menjalankan tanggungjawabnya sebagai ketua keluarga dan keterlibatan suami dengan gejala sosial. Kajian ini juga mendapati pengamalan ta‘liq tambahan dapat memberikan perlindungan kepada isteri.
Di antara perlindungan tersebut ialah ta‘liq berkenaan dapat dibuktikan oleh isteri kepada mahkamah. Pembuktian berkenaan memudahkan isteri mendapat pembelaan yang sewajarnya apabila berlaku pelanggaran ta‘liq berkenaan. Selain itu, pengamalan ta‘liq berkenaan dapat melindungi isteri dari pengucapan ta‘liq lisan (ta‘liq yang tidak
didokumenkan) yang boleh memudaratkan isteri. |
---|