Pembelajaran aktif dalam program LINUS Bahasa Melayu / Normarini Norzan

Kajian ini menumpukan kepada bidang literasi Bahasa Melayu pada peringkat awal persekolahan bagi murid Tahun 1, 2 dan 3 yang menghadapi masalah dalam menguasai kemahiran literasi bacaan dan penulisan. Justeru itu, kajian ini dijalankan berdasarkan tiga objektif utama. Antaranya untuk melihat perbeza...

全面介绍

Saved in:
书目详细资料
主要作者: Normarini, Norzan
格式: Thesis
出版: 2016
主题:
在线阅读:http://studentsrepo.um.edu.my/6693/41/marini.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/6693/
标签: 添加标签
没有标签, 成为第一个标记此记录!
实物特征
总结:Kajian ini menumpukan kepada bidang literasi Bahasa Melayu pada peringkat awal persekolahan bagi murid Tahun 1, 2 dan 3 yang menghadapi masalah dalam menguasai kemahiran literasi bacaan dan penulisan. Justeru itu, kajian ini dijalankan berdasarkan tiga objektif utama. Antaranya untuk melihat perbezaan pencapaian prestasi murid antara dua kumpulan kawalan dan eksperimen dalam pengajaran dan pembelajaran berasaskan modul LINUS dan Aktif. Selain itu juga, terdapat beberapa kategori latar belakang sosial yang dianalisis untuk melihat kesan latar belakang sosial kepada pencapaian literasi murid dari aspek perbezaan gender, kaum, bahasa ibunda, pra sekolah, pekerjaan, pendapatan, taraf pendidikan dan status penjaga. Di samping itu juga, pelaksanaan modul LINUS turut dianalisis dengan melihat kesukaran pencapaian murid dalam menguasai 12 konstruk kemahiran literasi dalam modul LINUS. Kerangka teoritikal kajian ini adalah melihat perbandingan antara teori pembelajaran pendekatan fonik dan struktural dalam modul LINUS dan Teori Pembelajaran Konstruktivisme yang menekankan pendekatan kognitif, koperatif dan komunikatif dalam modul Aktif. Kajian ini merupakan reka bentuk kajian eksperimental dan deskriptif yang menggunakan kaedah kuantitatif berbentuk ujian t. Hasil dapatan kajian ini telah mendapati pembelajaran Aktif terbukti mampu meningkatkan pencapaian literasi murid. Pembelajaran Aktif amat seiring dengan pembelajaran murid pada abad ke 21. Dapatan kajian juga telah mendapati faktor latar belakang sosial tersebut tidak memberi kesan yang ketara terhadap keupayaan murid dalam menguasai kemahiran asas literasi. Dapatan kajian juga turut menunjukkan tahap kesukaran dalam mencapai kemahiran literasi Bahasa Melayu adalah pada bahagian membaca dan menulis perkataan yang mengandungi suku kata KVKK, digraf, vokal berganding dan diftong. Secara kesimpulannya, pembelajaran aktif diharapkan dapat menjadi pemudah cara dalam menangani murid lemah literasi Bahasa Melayu dan seiring dengan arus pendidikan abad ke 21.