Sistem pengurusan pameran / Faisal Othman

Dewasa ini, integrasi antara sistem maklumat pengurusan dengan sistem maklumat lain yang sedia ada seperti sistem maklumat eksekutif dan sistem sokongan keputusan dilihat umpama penerokaari yang tiada titik tamatnya. Ketiga-tiganya mempunyai pengaruh dalam pembuatan keputusan malah di dalam dunia...

全面介绍

Saved in:
书目详细资料
主要作者: Faisal , Othman
格式: Thesis
出版: 2000
主题:
在线阅读:http://studentsrepo.um.edu.my/8393/1/Sistem_Pengurusan_Pameran.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/8393/
标签: 添加标签
没有标签, 成为第一个标记此记录!
实物特征
总结:Dewasa ini, integrasi antara sistem maklumat pengurusan dengan sistem maklumat lain yang sedia ada seperti sistem maklumat eksekutif dan sistem sokongan keputusan dilihat umpama penerokaari yang tiada titik tamatnya. Ketiga-tiganya mempunyai pengaruh dalam pembuatan keputusan malah di dalam dunia sebenar, pengaruh ini dikamirkan kepada satu sistem maklumat gabungan atau fungsi bersaling (cross-functional) yang membekalkan pelbagai fungsian. O'Brien (1996) menggelarkan gabungan tiga kuasa sistem maklumat ini sebagai sistem sokongan pengurusan yang menekankan orientasi pengurusan bagi pemiagaan berasaskan teknologi maklumat[2]. Atas dasar itu, Sistem Pengurusan Pameran mengkamirkan lagi penggabungan O'Brien kepada pengurusan strategik supaya penyaluran maklumat boleh diperolehi pada masa yang tepat, ringkas tetapi relevan kepada sesuatu keputusan. Teknologi utama yang akan digunakan dalam aplikasi ini adalah Active Server Pages (ASP) dengan keupayaan Open Database Connectivity (ODBC). Model air terjun digunakan sebagai metodologi pembangunan sistem dengan penggunaan perisian dan perkakasan yang ringkas. Hasil jangkaan perlaksanaan projek ini adalah gabungan tiga kuasa sistem maklumat untuk menghasilkan penerokaan baru dalam dunia pembuatan keputusan malah bijak menyalurkannya melalui e-mel dan sebagainya. Empat Modul utama akan menjadi jentera utama aplikasi ini ialah Modul Perkhimatan Operasi, Modul Pengurusan, Modul Aplikasi Perkhidmatan Maklumat dan Modul Perkhidmatan Pengguna. Sambungan ke pangkalan data SQL Server 7.0 menggunakan fail DSN manakala teknologi session menghubungkan data-data antara fail-fail kod aturcara.