Hubungan antara gaya pengajaran dengan efikasi guru dalam kalangan guru sekolah rendah di pedalaman Sabah

Kajian ini ingin mengkaji hubungan antara gaya pengajaran dan efikasi guru dalam kalangan guru sekolah rendah di Pedalaman Sabah. Perkaitan ketiga-tiga dimensi dalam efikasi guru terhadap gaya pengajaran juga dikaji. Kajian ini menggunakan set soal selidik bagi mengutip data melalui Teaching Styl...

詳細記述

保存先:
書誌詳細
第一著者: Mohamad Airil Yusran Ahman @ Durahman
フォーマット: 学位論文
言語:English
出版事項: 2014
主題:
オンライン・アクセス:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/17812/1/Hubungan%20antara%20gaya%20pengajaran.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/17812/
タグ: タグ追加
タグなし, このレコードへの初めてのタグを付けませんか!
その他の書誌記述
要約:Kajian ini ingin mengkaji hubungan antara gaya pengajaran dan efikasi guru dalam kalangan guru sekolah rendah di Pedalaman Sabah. Perkaitan ketiga-tiga dimensi dalam efikasi guru terhadap gaya pengajaran juga dikaji. Kajian ini menggunakan set soal selidik bagi mengutip data melalui Teaching Styles Inventory dan Teacher's Sense of Efficacy Scale melibatkan 235 orang guru sekolah rendah di kawasan Pedalaman Sabah. Kajian ini menggunakan statistik deskriptif dan inferensi iaitu Korelasi Pearson untuk menganalisis data. Nilai pekali alfa Cronbach dalam kajian ini ialah 0.731 bagi gaya pengajaran dan 0.896 bagi efikasi guru. Kajian ini dianalisis menggunakan Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 16.0. Statistik seperti min, frekuensi, peratus dan sisihan piawai digunakan dalam kajian ini. Selain itu, statistik inferensi Korelasi Pearson digunakan untuk menguji hipotesis-hipotesis kajian. Hasil kajian mendapati terdapat hubungan korelasi yang sederhana tinggi (r = .352) antara gaya pengajaran dengan efikasi guru dalam kalangan guru sekolah rendah di Pedalaman Sabah.Manakala hubungan ketiga-tiga dimensi dalam efikasi guru terhadap gaya pengajaran didapati memperolehi nilai korelasi pada tahap sederhana tinggi iaitu dimensi penglibatan pelajar (r = .309), dimensi strategi pengajaran (r = .361) dan dimensi pengurusan kelas (r=.321). Kesimpulannya guru-guru perlu mempelbagaikan gaya pengajaran di sekolah untuk memastikan kandungan pelajaran disampaikan dengan berjaya dan berusaha meningkatkan tahap keyakinan dalam profesionalisma sebagai seorang guru.