Impak pandemik Covid-19 terhadap komuniti luar bandar: kajian kes di Kg Terian, Penampang Sabah

Pandemik COVID-19 telah mencetuskan kerisauan dalam kalangan masyarakat dunia dan turut menimbulkan pergolakan sosial dan ekonomi merentas negara. Walaupun daripada kajian lepas jelas menunjukkan kesan pandemik COVID-19 berbeza antara tempat, namun perhatian masih kurang diberikan kepada isu kesan p...

全面介紹

Saved in:
書目詳細資料
Main Authors: Ubong Imang, Dayang Suria Mulia, Jurry Foo @ Jurry F. Michael, Jalihah Md Shah
格式: Article
語言:Malay
Malay
出版: Academic Inspired Network 2021
主題:
在線閱讀:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/32893/1/Impak%20pandemik%20Covid-19%20terhadap%20komuniti%20luar%20bandar.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/32893/3/Impak%20pandemik%20Covid-19%20terhadap%20komuniti%20luar%20bandar%20_ABSTRACT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/32893/
http://www.jised.com/PDF/JISED-2021-40-10-05.pdf
標簽: 添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
實物特徵
總結:Pandemik COVID-19 telah mencetuskan kerisauan dalam kalangan masyarakat dunia dan turut menimbulkan pergolakan sosial dan ekonomi merentas negara. Walaupun daripada kajian lepas jelas menunjukkan kesan pandemik COVID-19 berbeza antara tempat, namun perhatian masih kurang diberikan kepada isu kesan pandemik COVID-19 terhadap komuniti luar bandar sehinggakan tidak banyak maklumat yang dapat membantu untuk memahami bagaimana pandemik COVID-19 mempengaruhi penduduk dan kawasan luar bandar. Sehubungan itu, artikel ini bertujuan untuk meneliti kesan pandemik COVID-19 terhadap komuniti luar bandar dengan memberi fokus kepada aspek pergerakan penduduk dan kesannya kepada aspek sosial dan ekonomi. Kampung Terian, Penampang Sabah diambil sebagai kawasan penelitian. Data diperolehi melalui dua teknik iaitu temubual berdasarkan borang soal selidik dan temubual separa berstruktur. Dapatan kajian mendapati sungguhpun kampung Terian terletak jauh dari pusat bandar dan secara relatifnya terpencil dari kampung-kampung lain, namun penduduk kampung tetap terkesan daripada pandemik COVID-19. Pergerakan mereka menjadi terhad susulan perlaksanaan kawalan pergerakan yang dilaksanakan secara berfasa oleh kerajaan. Oleh yang demikian aktiviti ekonomi dan sosial turut terjejas. Sungguhpun begitu, ramai daripada responden kajian berpendapat bahawa kesan pandemik COVID-19 di peringkat sederhana memandangkan sebilangan besar dari kalangan penduduk bekerja sendiri dan masih boleh bergantung kepada sumber hutan, sungai dan hasil pertanian untuk menyara keperluan harian keluarga.