Fenomena agama di pedalaman sabah

Fenomena agama yang menggambarkan pengalaman, perilaku, tindakan, nilai dan aktviti yang mendasari identiti dan pegangan agama merupakan fenomena sosial yang mampu mencorak keharmonian masyarakat. Sabah mencatatkan fenomena agama yang dibentuk hasil daripada pengalaman sejarah pengislaman beramai-ra...

全面介紹

Saved in:
書目詳細資料
Main Authors: Suraya Sintang, Budi Anto Mohd Tamring, Siti Aidah Lukin @ Lokin, Halina Sendera Mohd. Yakin
格式: Article
語言:English
English
出版: University of Malaya 2019
主題:
在線閱讀:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/33024/1/FENOMENA%20AGAMA%20DI%20PEDALAMAN%20SABAH.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/33024/2/FENOMENA%20AGAMA%20DI%20PEDALAMAN%20SABAH.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/33024/
https://ejournal.um.edu.my/index.php/SEJARAH/article/view/20652
https://doi.org/10.22452/sejarah.vol28no2.10
標簽: 添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
實物特徵
總結:Fenomena agama yang menggambarkan pengalaman, perilaku, tindakan, nilai dan aktviti yang mendasari identiti dan pegangan agama merupakan fenomena sosial yang mampu mencorak keharmonian masyarakat. Sabah mencatatkan fenomena agama yang dibentuk hasil daripada pengalaman sejarah pengislaman beramai-ramai yang melibatkan masyarakat pedalaman pada awal tahun 1970-an sehingga 1985. Fenomena ini dilihat unik dan rencam apabila dikaitkan dengan pengaruh parti politik yang meraih sokongan melalui perubahan identiti agama daripada kelompok individu yang belum menganut sebarang agama sehingga mencetuskan kekeliruan istilah antara “masuk Islam” atau “masuk USIA”. Artikel ini membincangkan fenomena agama di pedalaman Sabah yang melibatkan daerah Keningau, Tenom, Tambunan dan Nabawan dengan memfokuskan perbincangan secara deskriptif tentang sejarah pengislaman beramai-ramai, faktor pengislaman melalui perkahwinan dan pengaruh mistikal serta implikasi yang timbul kesan daripada fenomena ini. Metode kajian secara kualitatif dijalankan melalui wawancara dan temubual bersemuka bersama informan utama (key informant) di jabatan agama di daerah terlibat dan kandungan analisis teks yang menjelaskan fenomena agama di pedalaman Sabah. Hasil kajian menunjukan fenomena agama di pedalaman Sabah telah mencatatkan sejarah perkembangan agama yang tersendiri yang mungkin agak sukar ditemui dalam catatan sejarah perkembangan agama di negeri-negeri lain di Malaysia.