Kes-kes pengangkatan anak di Mahkamah Syariah Negeri Sabah

Enakmen Mahkamah Syariah Negeri Sabah tahun 2004 memperuntukkan bahawa Mahkamah Syariah Negeri Sabah berbidang kuasa memutuskan Permohonan Pengangkatan Anak oleh orang Islam. Peruntukan undang-undang ini telah memberikan kuasa eksklusif kepada Mahkamah Syariah di negeri Sabah kerana tidak ada negeri...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Nooryasmensharini Abas, Suraya Sintang
Format: Article
Language:English
English
Published: Penerbit UMS 2019
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/33025/1/Kes-kes%20pengangkatan%20anak%20di%20Mahkamah%20Syariah%20Negeri%20Sabah.ABSTRACT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/33025/2/Kes-kes%20pengangkatan%20anak%20di%20Mahkamah%20Syariah%20Negeri%20Sabah.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/33025/
https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/MANU/article/view/1875/1193
https://doi.org/10.51200/manu.v0i0.1875
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Enakmen Mahkamah Syariah Negeri Sabah tahun 2004 memperuntukkan bahawa Mahkamah Syariah Negeri Sabah berbidang kuasa memutuskan Permohonan Pengangkatan Anak oleh orang Islam. Peruntukan undang-undang ini telah memberikan kuasa eksklusif kepada Mahkamah Syariah di negeri Sabah kerana tidak ada negeri di Malaysia yang memperuntukkan kuasa sedemikian kepada Mahkamah Syariah, selain daripada negeri Sabah. Peringkat Mahkamah Syariah yang berbidang kuasa memutuskan Permohonan Pengangkatan Anak oleh orang Islam di negeri Sabah adalah Mahkamah Tinggi Syariah. Bersesuaian dengan kuasa eksklusif tersebut, maka objektif kajian ini adalah bagi mengkaji kes-kes Permohonan Pengangkatan Anak yang telah diputuskan di Mahkamah Syariah negeri Sabah dan mencadangkan penambahbaikan dalam prosedur yang sedia ada. Metode pengumpulan data kajian ini adalah kajian dokumentasi melalui kes-kes yang didaftarkan di Mahkamah Syariah di negeri Sabah dan juga wawancara terhadap pegawai yang terlibat. Hasil kajian ini dapat memberi pendedahan kepada masyarakat Islam di negeri Sabah dalam memahami proses Permohonan Pengangkatan Anak oleh orang Islam yang dikendalikan oleh Mahkamah Syariah negeri Sabah.