Pendekatan sosiologi hukum Islam dalam kajian Usul al-Fiqh Gunaan: aplikasi terhadap budaya tradisi masyarakat Bajau Semporna

Hukum Islam merupakan panduan hidup yang dinamik lagi komprehensif. Ia mampu menyediakan formula penyelesaian yang kompeten terhadap isu-isu yang timbul dalam masyarakat Islam, sama ada melibatkan isu klasik dalam amalan tradisi masyarakat mahupun isu baharu yang lahir dampak kemajuan sains dan tekn...

全面介紹

Saved in:
書目詳細資料
Main Authors: Syamsul Azizul Marinsah, Mohd Anuar Ramli
格式: Article
語言:Malay
Malay
出版: Penerbit UTM 2018
主題:
在線閱讀:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/33373/1/Pendekatan%20sosiologi%20hukum%20Islam%20dalam%20kajian%20Usul%20al-Fiqh%20Gunaan.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/33373/2/Pendekatan%20sosiologi%20hukum%20Islam%20dalam%20kajian%20Usul%20al-Fiqh%20Gunaan%20_ABSTRACT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/33373/
https://jurnalkemanusiaan.utm.my/index.php/kemanusiaan/article/view/297/247
標簽: 添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
實物特徵
總結:Hukum Islam merupakan panduan hidup yang dinamik lagi komprehensif. Ia mampu menyediakan formula penyelesaian yang kompeten terhadap isu-isu yang timbul dalam masyarakat Islam, sama ada melibatkan isu klasik dalam amalan tradisi masyarakat mahupun isu baharu yang lahir dampak kemajuan sains dan teknologi semasa. Objektif kajian ini cuba membincangkan tentang kaedah penyelidikan hukum Islam yang bersifat bersepadu dalam disiplin kajian Usul al-Fiqh Gunaan (Applied Principles of Islamic Jurisprudence). Ia memfokuskan metode sosiologi hukum Islam yang diguna pakai bagi memastikan keseimbangan di antara idealisme yang terkandung dalam hukum Islam dengan realiti perlaksanaannya di dalam masyarakat Islam. Untuk itu, pendekatan ini akan diterapkan dalam meneliti fenomena sosial dalam kehidupan masyarakat Bajau di Semporna, Sabah khususnya dalam aspek amalan tradisi mereka, iaitu kepercayaan kepada tulah dan amalan magombo’. Sehubungan itu, kajian ini merupakan kajian kualitatif yang menggunakan metode pengumpulan data melalui kaedah temu bual, observasi dan analisis dokumen. Hasil kajian mendapati, terdapat gejala sinkretisme dalam adat tradisi Bajau tersebut yang mana ia bertentangan dengan syariat Islam. Justeru, metode sosiologi hukum Islam yang diaplikasikan dapat memberikan jawapan tuntas berhubung dengan amalan yang berlaku dalam masyarakat Islam.