Penentangan Pemimpin Tempatan Terhadap Pelaksanaan Dasar Tanah British North Borneo Chartered Company (BNBCC) Di Borneo Utara: 1881 – 1941

Artikel ini membincangkan tentang reaksi penentangan daripada pemimpin tempatan terhadap pelaksanaan dasar tanah yang dijalankan di Borneo Utara oleh British North Borneo Chartered Company (BNBCC). Pentadbiran tanah yang dilaksanakan oleh BNBCC menunjukkan satu perubahan terhadap pemilikan tanah di...

詳細記述

保存先:
書誌詳細
主要な著者: Marilyn Johnny, Mohamad Shaukhi Mohd. Radzi, Mosli Tarsat
フォーマット: 論文
言語:English
English
出版事項: Penerbit UMS 2018
主題:
オンライン・アクセス:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/33747/4/Penentangan%20pemimpin%20tempatan%20terhadap%20pelaksanaan%20dasar%20tanah%20British%20North%20Borneo%20.ABSTRACT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/33747/3/Penentangan%20Pemimpin%20Tempatan%20Terhadap%20Pelaksanaan%20Dasar%20Tanah%20British%20North%20Borneo%20Chartered%20Company%20%28BNBCC%29%20Di%20Borneo%20Utara%201881%20%E2%80%93%201941.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/33747/
https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/ejk/article/view/859
https://doi.org/10.51200/ejk.v0i0.859
タグ: タグ追加
タグなし, このレコードへの初めてのタグを付けませんか!
その他の書誌記述
要約:Artikel ini membincangkan tentang reaksi penentangan daripada pemimpin tempatan terhadap pelaksanaan dasar tanah yang dijalankan di Borneo Utara oleh British North Borneo Chartered Company (BNBCC). Pentadbiran tanah yang dilaksanakan oleh BNBCC menunjukkan satu perubahan terhadap pemilikan tanah di Borneo Utara. Dasar tanah BNBCC telah mengubah pemilikan tanah secara tradisional kepada sistem pemilikan moden yang bersifat kapitalis. Perubahan ini berlaku sejajar dengan matlamat pihak BNBCC dalam mengeksploitasi sumber tanah yang ada di Borneo Utara. Akibat daripada pengenalan dan pelaksanaan dasar tanah ini, timbul reaksi penentangan daripada kalangan pemimpin tempatan. Para pemimpin tempatan berusaha untuk mendapatkan kembali hak pemilikan mereka yang kini dirampas oleh pihak BNBCC. Usaha ini dilakukan dengan cara rundingan dan kekerasan. Namun, usaha ini gagal mengembalikan hak mereka. Jelas bahawa penentangan yang berlaku menunjukkan dasar tanah yang dilaksanakan oleh BNBCC telah menggugat dan mengancam hak pemilikan peribumi ke atas tanah di Borneo Utara. Makalah ini ditulis berdasarkan sumber-sumber rasmi BNBCC yang disimpan di Arkib Negeri Sabah, Kota Kinabalu. Antara rekod rujukan yang digunakan ialah Colonial Office (C.O.), Annual Report, fail Land Office dan akhbar British, iaitu British North Borneo Herald, selain merujuk kepada buku-buku dan artikel lain.