Aplikasi fiqh al-ta‘ayush yang berorientasikan prinsip wasatiyyah dalam membina keharmonian masyarakat majmuk di Malaysia

Malaysia merupakan sebuah negara yang berbilang bangsa, agama dan budaya seterusnya memberi kesan kepada pasang surut dalam interaksi dan komunikasi sosial. Saban hari timbul isu sensitif yang melibatkan dimensi agama, kaum, politik dan ekonomi. Jika tidak ditangani dengan baik, ia akan menjadi duri...

全面介绍

Saved in:
书目详细资料
Main Authors: Mohammad Naqib Hamdan, Mohd Anuar Ramli, Syamsul Azizul Marinsah, Rahimin Affandi Abdul Rahim, Muhd Imran Abdul Razak, Muhammad Izzul Syahmi Zulkepli
格式: Article
语言:English
English
出版: Penerbit UKM 2021
主题:
在线阅读:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/34852/1/ABSTRAK.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/34852/2/FULLTEXT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/34852/
https://ejournal.ukm.my/jhadhari/article/view/49072
标签: 添加标签
没有标签, 成为第一个标记此记录!
实物特征
总结:Malaysia merupakan sebuah negara yang berbilang bangsa, agama dan budaya seterusnya memberi kesan kepada pasang surut dalam interaksi dan komunikasi sosial. Saban hari timbul isu sensitif yang melibatkan dimensi agama, kaum, politik dan ekonomi. Jika tidak ditangani dengan baik, ia akan menjadi duri dalam daging yang menghambat proses perpaduan antara kaum di Malaysia. Justeru, segregasi sosial dan budaya ini perlu diharmonikan bagi mewujudkan suasana yang kondusif dan penuh kedamaian. Antara pendekatan yang boleh digunapakai adalah fiqh al ta‘ayush (co-existence) antara kaum dan agama yang berpaksikan prinsip kesederhanaan yang pernah dipraktikkan pada zaman Nabi SAW dan Khulafa’ al-Rasyidin. Sehubungan itu, kajian kualitatif ini membincangkan tentang konsep fiqh al-ta‘ayush yang berorientasikan prinsip kesederhanaan (wasatiyyah) yang menjadi teras dalam menangani isu sensitif dalam masyarakat majmuk di Malaysia. Dengan aplikasi fiqh ta‘ayush yang melibatkan penyertaan aktif semua pihak di Malaysia, diharapkan Islam sebagai agama rahmatan lil ‘alamin dapat direalisasikan bagi menjamin keharmonian hidup masyarakat berbilang kaum dan agama di Malaysia.