Sistem Hipermedia Adaptif Pembelajaran Berdasarkan Gaya Pembelajaran Dan Prestasi Pelajar
Sistem Hipermedia Adaptif Pembelajaran (SHAP) merupakan salah satu cabang sistem adaptif hipermedia dan sistem tutoran pintar. Ciri utama sistem ini ialah ia dapat menyesuaikan fungsi-fungsinya terhadap keperluan pengguna. Bagi pembangunan kajian sistem bagi tesis ini, kajian yang dilakukan membo...
Saved in:
主要作者: | |
---|---|
格式: | Thesis |
语言: | English |
出版: |
2007
|
主题: | |
在线阅读: | http://eprints.usm.my/56787/1/00001675475%20Zurida%20Binti%20Ishak.pdf http://eprints.usm.my/56787/ |
标签: |
添加标签
没有标签, 成为第一个标记此记录!
|
总结: | Sistem Hipermedia Adaptif Pembelajaran (SHAP) merupakan salah satu cabang
sistem adaptif hipermedia dan sistem tutoran pintar. Ciri utama sistem ini ialah ia dapat
menyesuaikan fungsi-fungsinya terhadap keperluan pengguna. Bagi pembangunan
kajian sistem bagi tesis ini, kajian yang dilakukan membolehkan sistem membuat
penyesuaian kandungan dan pautan terhadap dua ciri pelajar iaitu gaya pembelajaran
dan tahap prestasi atau pengetahuan mereka.
Bagi memastikan sistem ini adaptif terhadap dua ciri pelajar ini, reka bentuk
dan pembangunan bagi tiga buah model telah dilaksanakan iaitu Model Pelajar, Model
Domain dan Model Adaptif. Model Pelajar bertujuan untuk menyimpan dan
mengemaskinikan maklumat pelajar. Maklumat ini akan digunakan oleh Model Adaptif
bagi menyediakan kandungan yang bersesuaian dengan pelajar tersebut. Manakala
Model Domain pula merupakan tempat simpanan fragmen bagi konsep. serta soalansoalan.
Berdasarkan maklumat daripada Model Pelajar, Model Adaptif akan memilih
kandungan yang bersesuaian dari Model Domain.
Bagi melaksanakan fungsi bagi setiap model tersebut, teknik berasaskanperaturan
(ru/e-based) digunakan supaya Model Adaptif dapat memilih kandungan
yang paling sesuai dengan maklumat yang disediakan oleh Model Pelajar. Teknik ini
juga digunakan untuk mengemaskinikan maklumat pelajar pada Model Pelajar.
Kemudian, proses penyesuaian kandungan kepada pelajar akan menggunakan teknik
adaptif penyampaian dan juga jujukan kurikulum. Bagi memastikan pelajar belajar mengikut tahap pengetahuan mereka, teknik sokongan pautan adaptif akan
dilaksanakan. |
---|