Modul Pengajaran Kendiri (Mpk) Bertajuk Konsep Mol Tingkatan Empat Kbsm Berasaskan Strategi Pembelajaran Masteri

Pembelajaran adalah bersifat individu kerana setiap pelajar mempunyai tahap keupayaan pembelajaran dan latar belakang yang berbeza-beza. Modul merupakan salah satu media yang mementingkan proses P&P secara individu. Justeru itu, sebuah modul pengajaran kendiri (MPK) yang bertajuk Konsep Mol ting...

وصف كامل

محفوظ في:
التفاصيل البيبلوغرافية
المؤلفون الرئيسيون: Ali, Mohamad Bilal, Yau, Seet Ting
التنسيق: مقال
اللغة:English
منشور في: 2010
الموضوعات:
الوصول للمادة أونلاين:http://eprints.utm.my/id/eprint/10312/2/Yau_Seet_Ting.pdf
http://eprints.utm.my/id/eprint/10312/
الوسوم: إضافة وسم
لا توجد وسوم, كن أول من يضع وسما على هذه التسجيلة!
الوصف
الملخص:Pembelajaran adalah bersifat individu kerana setiap pelajar mempunyai tahap keupayaan pembelajaran dan latar belakang yang berbeza-beza. Modul merupakan salah satu media yang mementingkan proses P&P secara individu. Justeru itu, sebuah modul pengajaran kendiri (MPK) yang bertajuk Konsep Mol tingkatan empat KBSM telah dibangunkan berdasarkan silibus Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). MPK yang dihasilkan berasaskan strategi pembelajaran masteri dan menggunakan bahasa Inggeris sebagai media penghantar. Modul ini bersaiz A4 dan mengandungi tiga submodul dalam penyampaian isi kandungannya, iaitu The Mole and the Number of Particles, The Mole and the Mass of Substances dan The Mole and the Volume of Gas. Penentuan status kesesuaian MPK adalah melalui penilaian formatif iaitu Penilaian Formatif Satu dengan Satu (PFSS) sahaja. Tiga orang guru pakar isi kandungan yang berpengalaman dalam subjek kimia dan seorang pakar reka bentuk model modul telah ditemubual. Satu draf modul dan senarai semak tentang pengujian kualiti MPK telah disediakan. Hasil analisis penilaian telah menunjukkan MPK yang dihasilkan mempunyai reka bentuk maklumat, isi kandungan, reka bentuk persembahan, strategi pembelajaran, sifat mesra pengguna dan unsur motivasi yang mengikuti spesifikasi yang telah ditetapkan. Modul ini juga konsisten dari segi reka bentuk dan penggunaan warna. Namun, terdapat juga komen dan cadangan daripada pakar yang perlu diberi perhatian iaitu mempelbagaikan strategi pembelajaran, tulisan modul diperbesarkan lagi dan modul dijadikan tiga submodul yang berasingan. Diharap dengan adanya MPK ini, pelajar akan menjadi lebih bertanggungjawab terhadap pembelajaran mereka sendiri dan menjadikan pembelajaran Konsep Mol salah satu tajuk yang senang dikuasai dalam subjek kimia.