Ciri-ciri personaliti dalam pemilihan kerjaya pelajar,gaya pembelayaran pelajar dan hubungannya dengan pencapaian akademik

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti ciri-ciri personaliti pelajar dalam pemilihan kerjaya dan gaya pembelajaran pelajar serta hubungannya dengan pencapaian akademik. Seramai 202 pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Ali Haji Ahmad, Pontian, Johor dan Sekolah Menengah Keb...

詳細記述

保存先:
書誌詳細
主要な著者: Yahaya, Azizi, Abd. Ghaffar, Mohd. Najib, Ismail, Sharifudin, Damiri, Noraizah
フォーマット: Conference or Workshop Item
言語:English
出版事項: 2005
主題:
オンライン・アクセス:http://eprints.utm.my/id/eprint/2333/1/AziziYahaya_Ciri_Personaliti_Gaya_Pembelajaran.pdf
http://eprints.utm.my/id/eprint/2333/
タグ: タグ追加
タグなし, このレコードへの初めてのタグを付けませんか!
その他の書誌記述
要約:Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti ciri-ciri personaliti pelajar dalam pemilihan kerjaya dan gaya pembelajaran pelajar serta hubungannya dengan pencapaian akademik. Seramai 202 pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Ali Haji Ahmad, Pontian, Johor dan Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Perhentian, Pontian, Johor telah dipilih sebagai responden kajian ini. Mereka dipilih secara rawak kelompok. Satu set soal selidik telah digunakan untuk kajian ini. Soal selidik bahagian B merupakan soal selidik yang dibina oleh penyelidik, manakala bahagian C merupakan ubahsuai daripada Inventori Gaya Pembelajaran Honey dan Mumford (1986). Selain itu Inventori Pekerjaan Holland (1973) telah digunakan untuk menentukan pemilihan jenis-jenis kerjaya. Kebolehpercayaan soal selidik diuji dengan menggunakan kaedah “Scale Alphaâ€? yang menunjukkan nilai kebolehpercayaan 0.9279 bagi bahagian B dan 0.6572 bagi bahagian C. Data dianalisis dengan menggunakan kaedah statistik deskriptif iaitu peratusan, min dan sisihan piawai untuk menunjukkan latar belakang responden kajian, ciri-ciri personaliti dan gaya belajar. Manakala statistik inferensi iaitu analisis korelasi Pearson digunakan untuk menunjukkan hubungan di antara pemboleh ubah iaitu hubungan personaliti dengan pencapaian akademik dan hubungan gaya pembelajaran dengan pencapaian akademik. Analisis dapatan kajian yang menggunakan SPSS menunjukkan responden lebih menggunakan gaya pembelajaran aktivis. Selain itu, responden lebih memiliki ciri-ciri personaliti menyelidik. Dalam pemilihan kerjaya pula, responden memiliki ciri-ciri personaliti sosial. Responden juga memilih jenis-jenis pekerjaan yang berstatus tinggi dan profesional. Kajian ini juga menunjukkan tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara gaya pembelajaran dengan pencapaian akademik mengikut mata pelajaran PMR. Manakala analisis kajian juga menunjukkan tidak terdapat hubungan di antara ciri-ciri personaliti dengan pencapaian akademik mengikut mata pelajaran PMR. Beberapa kajian telah dikemukakan bagi pendedahan gaya pembelajaran yang patut diamalkan oleh pelajar dan ciri-ciri personaliti yang positif di kalangan pelajar. Beberapa cadangan bagi kajian lanjutan juga turut dikemukakan.