Penerapan kemahiran berfikir aras tinggi melalui model stesen rotasi pelbagai Mod

Pembangunan tahap pemikiran pelajar melalui penerapan elemen Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) amat dititikberatkan bagi memperkasakan pembelajaran Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM). Usaha ini selaras dengan seruan kerajaan dalam mentransformasikan Sistem Pendidikan Negara sepe...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Zakaria @ Othman, Suhaimi, Aris, Baharuddin, Mohammed, Hasnah, Mohd. Zaid, Norasykin, Abdullah, Zaleha
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2014
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/id/eprint/60934/1/BaharuddinBinAris2014_PenerapanKemahiranBerfikirArasTinggi.pdf
http://eprints.utm.my/id/eprint/60934/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pembangunan tahap pemikiran pelajar melalui penerapan elemen Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) amat dititikberatkan bagi memperkasakan pembelajaran Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM). Usaha ini selaras dengan seruan kerajaan dalam mentransformasikan Sistem Pendidikan Negara seperti dalam pengisian perancangan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. Dengan yang demikian, pelajar perlulah diasuh kemahiran insaniah mereka dengan diberi peluang untuk menyampaikan idea dan mencuba secara praktikal dalam menyelesaikan sesuatu permasalahan bukan setakat menghafal fakta atau teori saintifik semata-mata. Kajian ini adalah bertujuan untuk membincangkan berkenaan dengan penerapan KBAT dalam mata pelajaran Matematik Sekolah Menengah melalui model pedagogi Stesen Rotasi Pelbagai Mod. Pembelajaran melalui medium sosial secara dalam talian dan penerapan unsur kolaboratif di dalam pedagogi ini mempunyai potensi dalam membaiki kemahiran insaniah pelajar. Kajian konsep ini diharapkan memberikan sumbangan kepada dunia pendidikan berkaitan kaedah atau pendekatan yang sesuai digunakan untuk meningkatkan KBAT di kalangan pelajar.