Penguasaan pelajar dalam kemahiran berfikir aras tinggi dengan pembelajaran kaedah sokratik

Pencapaian pelajar di Malaysia dalam penilaian Trends in International Mathematic and Science Study (TIMSS) 2011 dan Programme International Student Assessment (PISA) 2012, menunjukkan kedudukan pencapaian dibawah purata antarabangsa jika dibandingkan dengan negara-negar asia yang lain. Bagi mengata...

全面介绍

Saved in:
书目详细资料
Main Authors: Md. Suhadi, Salihuddin, Aris, Baharuddin, Mohammed, Hasnah, Mohd. Zaid, Norasykin, Abdullah, Zaleha
格式: Conference or Workshop Item
语言:English
出版: 2014
主题:
在线阅读:http://eprints.utm.my/id/eprint/61050/1/ZalehaAbdullah2014_PenguasaanPelajardalamKemahiranBerfikirArasTinggi.pdf
http://eprints.utm.my/id/eprint/61050/
标签: 添加标签
没有标签, 成为第一个标记此记录!
实物特征
总结:Pencapaian pelajar di Malaysia dalam penilaian Trends in International Mathematic and Science Study (TIMSS) 2011 dan Programme International Student Assessment (PISA) 2012, menunjukkan kedudukan pencapaian dibawah purata antarabangsa jika dibandingkan dengan negara-negar asia yang lain. Bagi mengatasi masalah ini, bidang pendidikan memerlukan penambahbaikan untuk membolehkan penguasaan pelajar dalam pembelajaran agar keputusan penilaian TIMSS dan PISA dapat ditingkatkan selepas ini. Terdapat kajian sebelum ini mengatakan bahawa cara yang berkesan untuk meningkatkan penguasaan pemikiran kritis pelajar adalah melalui kaedah pembelajaran sokratik. Kelebihan kaedah pembelajaran sokratik ini adalah berpusatkan pelajar selain dapat meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi pelajar khususnya pemikiran kreatif dan kritis. Terdapat satu elemen yang boleh diintegrasikan bersama pembelajaran sokratik antaranya ialah penggunaan teknologi. Penggunaan teknologi boleh menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih menarik disamping dapat melibatkan pelajar secara optimum. Kepentingan penggunaan teknologi dalam era teknologi maklumat yang pesat ini adalah bagi membolehkan pelajar sentiasa mendapat maklumat yang terkini. Kertas kerja ini akan membincangkan sorotan kajian tentang pembelajaran sokratik dalam teknologi pembelajaran maya.