Persepsi terhadap kecurangan: Satu kajian perbandingan di antara pelajar lelaki dan perempuan

Kajian ini adalah bertujuan untuk mengkaji perbezaan persepsi terhadap kecurangan mengikut jantina iaitu dalam kalangan pelajar lelaki dan perempuan.Kecurangan yang dikaji adalah berfokus kepada dua aspek iaitu kecurangan fizikal dan emosi.Aspek lain yang diteroka dalam kajian ini adalah persepsi i...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Jarimal @ Safri, Norhamidah, Halik, Murnizam, Rathakrishnan, Balan, Mutang, Jasmine Adela, Latif, Risalshah, Che Latif, Azahar, Lajuma, Surianti
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2014
Subjects:
Online Access:http://repo.uum.edu.my/13280/1/92.pdf
http://repo.uum.edu.my/13280/
http://www.ssd.uum.edu.my
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini adalah bertujuan untuk mengkaji perbezaan persepsi terhadap kecurangan mengikut jantina iaitu dalam kalangan pelajar lelaki dan perempuan.Kecurangan yang dikaji adalah berfokus kepada dua aspek iaitu kecurangan fizikal dan emosi.Aspek lain yang diteroka dalam kajian ini adalah persepsi individu terhadap faktor berlakunya kecurangan dalam hubungan, persepsi terhadap perasaan individu apabila berlaku kecurangan serta persepsi terhadap daya tindak yang dilakukan oleh individu jika berlaku kecurangan dalam hubungan.Seramai 191 orang (63 lelaki dan 128 perempuan) yang terdiri daripada pelajar prasiswazah di salah sebuah institut pengajian tinggi di Malaysia telah dijadikan sebagai responden kajian.Satu set soal selidik yang dibangunkan oleh Gallagher (2010) telah digunakan dalam kajian ini.Hasil kajian menunjukkan terdapat perbezaan persepsi terhadap faktor berlakunya kecurangan dalam hubungan di antara pelajar lelaki dan perempuan.Namun demikian, didapati bahawa tidak terdapat perbezaan dari aspek persepsi terhadap kecurangan fizikal dan emosi, perasaan yang dialami jika berlaku kecurangan dan daya tindak yang dilakukan jika berlaku kecurangan di antara pelajar lelaki dan perempuan.Implikasi penemuan dibincangkan dan hala tuju untuk kajian akan datang dinyatakan.