Hak untuk mendapatkan peguam semasa perbicaraan jenayah bagi golongan yang tidak berkemampuan di Malaysia

Hak untuk mendapatkan peguam terutama dalam kes-kes jenayah adalah amat penting.Hak ini sebenarnya telah diperuntukkan di bawah Artikel 5(3) Perlembagaan Persekutuan.Malahan seksyen 255 Kanun Prosedur Jenayah turut memperuntukkan hak untuk dibela oleh seorang peguam bagi tertuduh yang sedang dibica...

全面介绍

Saved in:
书目详细资料
主要作者: Tahir, Zulazhar
格式: Article
语言:English
出版: UUM College of Law, Government and International Studies 2011
主题:
在线阅读:http://repo.uum.edu.my/15760/1/5.pdf
http://repo.uum.edu.my/15760/
http://www.uumjls.com/UUM_Journal_of_Legal_Studies.html
标签: 添加标签
没有标签, 成为第一个标记此记录!
实物特征
总结:Hak untuk mendapatkan peguam terutama dalam kes-kes jenayah adalah amat penting.Hak ini sebenarnya telah diperuntukkan di bawah Artikel 5(3) Perlembagaan Persekutuan.Malahan seksyen 255 Kanun Prosedur Jenayah turut memperuntukkan hak untuk dibela oleh seorang peguam bagi tertuduh yang sedang dibicarakan di Mahkamah.Seksyen 28A Kanun Prosedur Jenayah juga turut memperuntukkan hak untuk mendapatkan peguam ini bagi seseorang yang ditangkap.Selain daripada itu, bantuan guaman bagi mereka yang tidak berkemampuan turut diberikan oleh Jabatan Bantuan Guaman melalui Akta Bantuan Guaman 1971.Di samping itu, bantuan gumanan ini juga turut diberikan oleh Majlis Peguam bagi membantu golongan-golongan yang tidak berkemampuan ini.Namun begitu, persoalan yang timbul ialah adakah bantuan ini mencapai sasarannya iaitu untuk membantu golongan yang tidak berkemampuan dalam mendapatkan khidmat seorang peguam di Malaysia? Selain itu, persoalan yang seterusnya ialah adakah bantuan yang diberikan mencukupi dalam memberikan keadilan kepada golongan yang tidak berkemampuan ini? Persoalan ini penting untuk dijawab memandangkan ketidakhadiran peguam untuk membantu seseorang tertuduh semasa perbicaraan mengibaratkan kedudukan tertuduh seperti telur dihujung tanduk. Malah tertuduh juga akan menghadapi risiko yang amat tinggi untuk disabitkan jika tidak dibantu oleh seorang peguam semasa perbicaraan.Oleh itu, artikel ini akan mengupas kepentingan dan keberkesanan hak untuk mendapatkan peguam ini dalam membantu golongan yang miskin di Malaysia.Selain itu, artikel ini juga akan membuat perbandingan dengan beberapa negara Komenwel yang lain dalam melihat keberkesanan hak untuk mendapatkan peguam dalam membantu golongan yang tidak berkemampuan di negara-negara mereka.