Gerakan Daya Wawasan (GDW) sebagai pemangkin pembinaan nilai-nilai proaktif, kreatif, inovatif dan cemerlang komuniti luar bandar di Malaysia

Kertas kerja ini melihat sejauhmanakah nilai-nilai proaktif, kreatif, inovatif dan cemerlang telah berjaya ditanamkan ke dalam komuniti luar bandar di Malaysia sejak Gerakan Desa Wawasan dilancarkan pada 4 hb Julai 1996. Matlamat Gerakan Desa Wawasan antara lain adalah untuk menimbulkan kesedaran b...

全面介紹

Saved in:
書目詳細資料
Main Authors: Mohd. Balwi, Mohd Koharuddin, Dora, Taib, Zaini, Fadhilah, Abd. Kadir, Hamdan, Abd. Rahman, Hamidah, Mohd Khalid, Aminah
格式: Conference or Workshop Item
語言:English
出版: 2004
主題:
在線閱讀:http://repo.uum.edu.my/1819/1/13.pdf
http://repo.uum.edu.my/1819/
標簽: 添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
實物特徵
總結:Kertas kerja ini melihat sejauhmanakah nilai-nilai proaktif, kreatif, inovatif dan cemerlang telah berjaya ditanamkan ke dalam komuniti luar bandar di Malaysia sejak Gerakan Desa Wawasan dilancarkan pada 4 hb Julai 1996. Matlamat Gerakan Desa Wawasan antara lain adalah untuk menimbulkan kesedaran bagi melakukan perubahan nilai, paradigma, sikap, amalan dan aspirasi di kalangan komuniti di luar bandar yang juga selari dengan matlamat Transformasi Kedua Pembangunan Luar Bandar dan Wawasan 2020. Lantaran itu Gerakan Daya Wawasan merupakan satu mekanisme penting bagi menyediakan komuniti luar bandar ke arah pencapaian Wawasan 2020 bagi membentuk komuniti luar bandar yang memiliki nilai-nilai proaktif, berdaya tahan, berinisiatif, berdikari, berilmu dan berdisiplin. Objektif Gerakan Daya Wawasan ialah bagi meningkatkan nilai berdikari di kalangan komuniti luar bandar dengan mengikis mentaliti subsidi, meningkatkan penglibatan masyarakat dalam pembangunan komuniti, meningkatkan keupayaan komuniti luar bandar untuk maju dan mampu menggunakan teknologi komunikasi dan maklumat (ICT). Menyedari betapa pentingnya Gerakan Desa Wawasan ini dalam pembangunan insan bagi membina komuniti luar bandar yang proaktif dan berdaya tahan dalam dunia yang serba mencabar hari ini menyebabkan kerajaan telah bersetuju menukar nama Gerakan Desa Wawasan kepada Gerakan Daya Wawasan bagi mempertegaskan usaha anjakan paradigma dan nilai di kalangan komuniti luar bandar.