Peranan budaya organisasi selaku pemboleh ubah pengubah dalam hubungan antara komunikasi organisasi dan kepuasan kerja

Komunikasi dan kepuasan kerja memainkan peranan penting dalam konteks pengurusan sesebuah organisasi.Lanraran, kajian ini bertujuan untuk meninjau hubungan antara kepuasan terhadap aspek-aspek komunikasi yang terdapat di dalam sesebuah organisasi dengan kepuasan kerja. Di samping itu, kajian ini ju...

全面介紹

Saved in:
書目詳細資料
主要作者: Mustaffa, Che Su
格式: Article
語言:English
出版: Fakulti Komunikasi dan Bahasa Moden, Universiti Utara Malaysia 2004
主題:
在線閱讀:http://repo.uum.edu.my/2314/1/chu_su_mustaffa_01.pdf
http://repo.uum.edu.my/2314/
http://lintas.uum.edu.my:8080/elmu/index.jsp?module=webopac-l&action=fullDisplayRetriever.jsp&szMaterialNo=0000233262
標簽: 添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
實物特徵
總結:Komunikasi dan kepuasan kerja memainkan peranan penting dalam konteks pengurusan sesebuah organisasi.Lanraran, kajian ini bertujuan untuk meninjau hubungan antara kepuasan terhadap aspek-aspek komunikasi yang terdapat di dalam sesebuah organisasi dengan kepuasan kerja. Di samping itu, kajian ini juga bertujuan untuk mengkaji peranan budaya organisasi selaku pemboleh ubah pengubah dalam konteks hubungan berkenaan. Sejumlah 338 orang responden terlibat dalam kajian yang menggunakan kaedah kuantitatif ini.Hasil kajian menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara komunikasi organisasi dan kepuasan kerja. Keseluruhan aspek komunikasi organisasi iaitu kesepaduan organisasi, komunikasi subordinat, komunikasi horizontal/informal,kualiti maklumat/media, komunikasi pihak atasan, maklum balas peribadi,perspektif korporat, iklim komunikasi dun komunikasi penyelian mempunyai hubungan dengan kepuasan kerja. Hasil kajian menunjukkan dimensi Budaya Jarak Kekuasaan, dimensi Budaya Pengelakan Ketidakpastian, dimensi Budaya Maskuliniti/Femininiti, dimensi Budaya lndividualisme/Kolektivisme dan dimensi Budaya Orientasi Jangka Pendek/Jangka Panjang tidak berperanan selaku pemboleh ubah pengubah dalam konteks hubungan antara kepuasan komunikasi dan kepuasan kerja. Namun begitu, hasil kajian menunjukkan wujud hubungan langsung antara dimensi Budaya Pengelakan Ketidakpastian dan dimensi Budaya Individualisme dengan kepuasan kerja.