Isu dalam amalan komunikasi profesional doktor-pesakit

Kertas konsep ini akan menghuraikan tentang komunikasi doktor-pesakit. Masalah dan ketidakpuasan berkaitan dengan kualiti hubungan yang terjalin antara doktor-pesakit sering diperkatakan. Komunikasi profesional yakni kompetensi seseorang penjawat berkomunikasi selaras dengan profesion beliau dan ta...

全面介紹

Saved in:
書目詳細資料
主要作者: Omar, Nuredayu
格式: Conference or Workshop Item
語言:English
出版: 2019
主題:
在線閱讀:http://repo.uum.edu.my/26711/1/STML%202019%2055%2061.pdf
http://repo.uum.edu.my/26711/
標簽: 添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
實物特徵
總結:Kertas konsep ini akan menghuraikan tentang komunikasi doktor-pesakit. Masalah dan ketidakpuasan berkaitan dengan kualiti hubungan yang terjalin antara doktor-pesakit sering diperkatakan. Komunikasi profesional yakni kompetensi seseorang penjawat berkomunikasi selaras dengan profesion beliau dan tatacara komunikasi beliau berkomunikasi akan mendatangkan kesan kepada kualiti sesuatu hubungan yang terjalin. Kajian di Barat membuktikan kepentingan komunikasi profesional, namun penelitian berkaitan dengan aspek ini masih perlu diperbincangkan dalam konteks masyarakat Malaysia yang mempunyai nilai, budaya, dan tatacara tersendiri dalam berkomunikasi. Situasi ini menjadi lebih mencabar apabila diramalkan era IR 4.0 yang memerlukan para doktor memanfaatkan teknologi komunikasi dalam membina hubungan dengan pesakit. Tanpa persediaan untuk berkomunikasi secara profesional dengan pesakit secara maya, para doktor mungkin akan berhadapan dengan tekanan dan pelbagai tuntutan daripada pemegang taruh khususnya para pesakit. Oleh itu, kertas kerja ini ditulis bertujuan untuk meneroka isu-isu tentang keperluan komunikasi profesional doktor-pesakit dari pelbagai aspek untuk mendokong lanskap kesihatan di Malaysia tentang penglibatan pesakit dalam perubatan seperti yang dirangka dalam Pelan Strategik KKM 2016-2020, dan Pelan Strategik Teknologi Maklumat Kementerian Kesihatan Malaysia (2016-2020).