Isu dalam amalan komunikasi profesional doktor-pesakit

Kertas konsep ini akan menghuraikan tentang komunikasi doktor-pesakit. Masalah dan ketidakpuasan berkaitan dengan kualiti hubungan yang terjalin antara doktor-pesakit sering diperkatakan. Komunikasi profesional yakni kompetensi seseorang penjawat berkomunikasi selaras dengan profesion beliau dan ta...

全面介绍

Saved in:
书目详细资料
主要作者: Omar, Nuredayu
格式: Conference or Workshop Item
语言:English
出版: 2019
主题:
在线阅读:http://repo.uum.edu.my/26711/1/STML%202019%2055%2061.pdf
http://repo.uum.edu.my/26711/
标签: 添加标签
没有标签, 成为第一个标记此记录!
实物特征
总结:Kertas konsep ini akan menghuraikan tentang komunikasi doktor-pesakit. Masalah dan ketidakpuasan berkaitan dengan kualiti hubungan yang terjalin antara doktor-pesakit sering diperkatakan. Komunikasi profesional yakni kompetensi seseorang penjawat berkomunikasi selaras dengan profesion beliau dan tatacara komunikasi beliau berkomunikasi akan mendatangkan kesan kepada kualiti sesuatu hubungan yang terjalin. Kajian di Barat membuktikan kepentingan komunikasi profesional, namun penelitian berkaitan dengan aspek ini masih perlu diperbincangkan dalam konteks masyarakat Malaysia yang mempunyai nilai, budaya, dan tatacara tersendiri dalam berkomunikasi. Situasi ini menjadi lebih mencabar apabila diramalkan era IR 4.0 yang memerlukan para doktor memanfaatkan teknologi komunikasi dalam membina hubungan dengan pesakit. Tanpa persediaan untuk berkomunikasi secara profesional dengan pesakit secara maya, para doktor mungkin akan berhadapan dengan tekanan dan pelbagai tuntutan daripada pemegang taruh khususnya para pesakit. Oleh itu, kertas kerja ini ditulis bertujuan untuk meneroka isu-isu tentang keperluan komunikasi profesional doktor-pesakit dari pelbagai aspek untuk mendokong lanskap kesihatan di Malaysia tentang penglibatan pesakit dalam perubatan seperti yang dirangka dalam Pelan Strategik KKM 2016-2020, dan Pelan Strategik Teknologi Maklumat Kementerian Kesihatan Malaysia (2016-2020).