Isu politik dalam perbualan remaja Malaysia di facebook
Populariti media sosial seperti Facebook saban hari menjadi faktor kepada golongan muda (remaja) memasuki ruang siber sebagai salah satu cara mewujudkan jaringan sosial, sehingga mampu membentuk bahasa komunikasi tersendiri. Antaranya peranan media sosial hari ini sebagai satu medium perluasan dan...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Conference or Workshop Item |
Language: | English |
Published: |
2019
|
Subjects: | |
Online Access: | http://repo.uum.edu.my/26715/1/SMTC%202019%2075%2086.pdf http://repo.uum.edu.my/26715/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Populariti media sosial seperti Facebook saban hari menjadi faktor kepada golongan muda (remaja) memasuki ruang siber sebagai salah satu cara
mewujudkan jaringan sosial, sehingga mampu membentuk bahasa komunikasi tersendiri. Antaranya peranan media sosial hari ini sebagai satu
medium perluasan dan wahana untuk menyuarakan pandangan masyarakat yang merangkumi pelbagai isu lebih-lebih lagi berkaitan hal politik negara.
Atas pertimbangan tersebut, kertas kerja ini menjelaskan fenomena penggunaan bahasa remaja dengan memperinci aspek pengenalpastian
perincian tema perbualan remaja (aspek politik) di Facebook. Dengan menjadikan teori Natural Semantic Metalanguage (NSM) sebagai landasan, kajian ini telah menjalankan tinjauan terhadap 200 paparan siaran (Posting) 60 remaja Malaysia, yang terdiri daripada 30 remaja lelaki dan 30 remaja
perempuan untuk meneliti isu politik dalam penulisan remaja di ruang utama status (Post) Facebook. Hasil dapatan menunjukkan, terdapat empat perincian tema politik yang menjadi pilihan remaja Malaysia iaitu aspek pemerintahan dan kerajaan, kuasa mengarah, aktiviti manusia, dan
nasionalisme. Pada masa yang sama, dapatan kajian boleh digunakan untuk mendedahkan fenomena berbahasa dalam kalangan remaja Malaysia di
Facebook. Selain fenomena berbahasa, dapatan ini juga dapat menjelasakan huraian bahasa yang digunakan berdasarkan pembentukan identiti,
personaliti, serta emosi remaja Malaysia, dan akhirnya satu pemetaan profil remaja di Malaysia dapat dibentuk. |
---|