Isu Gelandangan di Malaysia: Analisa dari perspektif sosial dan undang-undang (Akta Orang-Orang Papa 1977 [Akta 183])
Isu gelandangan adalah antara fenomena yang mengundang ketidakselesaan kepada sebahagian masyarakat, terutama di bandaraya yang pesat membangun. Kesan urbanisasi yang mengakibatkan ketidakstabilan ekonomi di kalangan masyarakat bandar dikatakan telah menyumbang kepada peningkatan statistik gelandang...
Saved in:
Main Authors: | , , , , , , |
---|---|
格式: | Article |
语言: | English |
出版: |
UUM Press
2023
|
主题: | |
在线阅读: | https://repo.uum.edu.my/id/eprint/29385/1/UUMJLS%2014%2001%202023%20391-424.pdf https://repo.uum.edu.my/id/eprint/29385/ https://doi.org/10.32890/uumjls2023.14.1.15 |
标签: |
添加标签
没有标签, 成为第一个标记此记录!
|
总结: | Isu gelandangan adalah antara fenomena yang mengundang ketidakselesaan kepada sebahagian masyarakat, terutama di bandaraya yang pesat membangun. Kesan urbanisasi yang mengakibatkan ketidakstabilan ekonomi di kalangan masyarakat bandar dikatakan telah menyumbang kepada peningkatan statistik gelandangan di Malaysia. Golongan ini bergelut dalam memastikan kelangsungan hidup mereka akibat kemiskinan dan keterdesakan yang melanda. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk membincangkan isu berkaitan golongan gelandangan dari sudut sosial dan undang undang, bermula daripada definisi, terminologi, undang-undang berkaitan, serta isu penguatkuasaannya. Kajian ini adalah berdasarkan konseptual yang membincangkan isu-isu setempat berkaitan dengan gelandangan dan masyarakat orang papa. Kajian lepas telah digunakan bagi mengenal pasti kajian yang telah dijalankan berkenaan Akta Orang Papa 1977 dari segi terminologi, bidang kuasa, impak sosial dan pengehadan akta. Struktur operasi yang dijalankan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dalam membantu golongan ini juga telah dibincangkan bersama pengehadan akta yang dikaitkan daripada pandangan sosial masyarakat. Kekaburan yang wujud pada Akta Orang Papa 1977 telah memberi kesan kepada keberkesanan penguatkuasan, pengurusan dan pemulihan gelandangan yang dapat dijalankan. Keadaan ini disebabkan oleh ketiadaan pentakrifan yang jelas terhadap konsep gelandangan menerusi akta ini. Maka dengan itu, ia telah memberi impak sosial penguatkuasaan akta, isu berkaitan Perlembagaan Persekutuan Malaysia dan pengehadan Akta Orang Papa 1977 dari sudut sosial masyarakat. Beberapa cadangan bagi menambah baik keadaan yang melibatkan gelandangan seperti pindaan definisi dan penggunaan bidang kuasa telah dibincangkan bagi memastikan golongan ini dilindungi dan produktif dalam kehidupan. |
---|