Mekanisme Agihan Zakat Asnaf Al-Gharimin Dalam Kalangan Peserta Amanah Ikhtiar Malaysia Melalui Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK)

Asnaf al-gharimin merupakan salah satu daripada lapan golongan yang berhak menerima zakat. Menurut Mazhab Syafie, al-gharimin ialah orang yang berhutang sama ada untuk dirinya sendiri atau berhutang demi orang lain dan bertujuan untuk melakukan kebaikan dan ketaatan kepada Allah SWT. Takrifan al-gha...

全面介紹

Saved in:
書目詳細資料
Main Authors: Md. Tahir, Raziah, Md Yusof, Syarifah, Othman, Azizah
格式: Conference or Workshop Item
語言:English
出版: 2020
主題:
在線閱讀:https://repo.uum.edu.my/id/eprint/31403/1/IBMC%202020%20526-531.pdf
https://repo.uum.edu.my/id/eprint/31403/
https://submit.confbay.com/download/IBMC2020_PROCEEDING_IBMC_2020_RKQjy8vVaG.pdf
標簽: 添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
實物特徵
總結:Asnaf al-gharimin merupakan salah satu daripada lapan golongan yang berhak menerima zakat. Menurut Mazhab Syafie, al-gharimin ialah orang yang berhutang sama ada untuk dirinya sendiri atau berhutang demi orang lain dan bertujuan untuk melakukan kebaikan dan ketaatan kepada Allah SWT. Takrifan al-gharimin diperluaskan mengikut keperluan semasa. Setiap institusi zakat negeri pula mempunyai persamaan dan juga perbezaan dalam menentukan kategori asnaf al-gharimin. Peserta Amanah Ikhtiar Malaysia pula merupakan golongan wanita yang menjalankan pelbagai jenis perniagaan secara kecil-kecilan. Ada di antara mereka terpaksa menanggung beban hutang akibat masalah yang dihadapi akibat faktor perniagaan dan bukan perniagaan. Justeru, objektif kertas kerja ini adalah untuk mengkaji tiga perkara utama. Pertama, mengenal pasti takrifan dan kategori asnaf al-gharimin yang diaplikasikan di LZNK. Kedua, mengenal pasti punca kegagalan bayaran balik hutang yang ditanggung oleh peserta AIM. Ketiga, mengenal pasti mekanisme agihan zakat dalam kalangan asnaf al-gharimin di LZNK. Kaedah pengumpulan data dan maklumat adalah secara kualitatif melalui kaedah kajian temu bual bersama informan terplih di LZNK dan kajian dokumen berkaitan. Hasil kajian ini dapat mengenengahkan takrifan dan kategori asnaf al-gharimin secara umum dan kontemporari menurut aplikasi LZNK. Seterusnya kajian ini juga dapat mencadangkan kaedah baharu yang boleh diaplikasikan dalam mekanisme agihan zakat dalam kalangan asnaf al-gharimin