71 pasukan IPT sertai bola keranjang 3on3

KUALA LUMPUR: Sebanyak 71 pasukan Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) akan menyertai Karnival Bola Keranjang 3on3 IPT 2013 dari 7 hingga 10 Nov ini di Teluk Chempedak, Pahang. Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni Universiti Malaysia Pahang Prof Dr Yuserrie Zainuddin berkata penganjuran...

全面介绍

Saved in:
书目详细资料
主要作者: New Sabah Times Bahasa, (KK)
格式: 报纸
语言:English
出版: New Sabah Times Bahasa 2013
主题:
在线阅读:http://repo.uum.edu.my/9713/1/71_pasukan_IPT_sertai_bola_keranjang_3on3.pdf
http://repo.uum.edu.my/9713/
http://www.newsabahtimes.com.my
标签: 添加标签
没有标签, 成为第一个标记此记录!
实物特征
总结:KUALA LUMPUR: Sebanyak 71 pasukan Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) akan menyertai Karnival Bola Keranjang 3on3 IPT 2013 dari 7 hingga 10 Nov ini di Teluk Chempedak, Pahang. Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni Universiti Malaysia Pahang Prof Dr Yuserrie Zainuddin berkata penganjuran karnival kali keempat' itu bertujuan membudayakan sukan bola keranjang dalam kalangan pelajar IPT."Kejohanan pada kali ini hanya menumpukan penyertaan dalam kalangan pelajar IPT dan tidak melibatkan kategori pelajar sekolah seperti sebelum ini untuk memberi fokus kepada pembentukan pasukan bola keranjang kejohanan Sukan Universiti Asia (AUG) 2014. di Palembang. "Kita mahu mencari bakat baharu dalam sukan bola keranjang untuk pembangunan sukan bola keranjang setanding dengan negara luar," katanya kepada pemberita di Wisma Majis Olimpik Malaysia (MOM), di sini pada Isnin.Karnival yang disertai oleh 46 pasukan lelaki dan 25 pasukan wanita itu menawarkan hadiah wang tunai berjumlah RM11.400, piala pusingan, piala iringan, pingat dan sijil penyertaan.Antara pasukan yang akan mengambil bahagian ialah dari Universiti Sains Malaysia, Universiti Utara Malaysia,Universiti Malaya, Universiti Malaysia Terengganu dan Sunway University.