Belia dan sosialisasi: tingkahlaku relatif dan perspektif terhadap media baru

Artikel ini mengupas isu belia terpinggir dan proses sosialisasi yang menghasilkan tingkahlaku dan perspektif relatif belia semasa berhadapan dengan media baru. Revolusi 4.0 yang dibahas oleh Klaus Schwab menganalisis bagaimana kemajuan teknologi dan masyarakat boleh saling hidup bersama-sama kerana...

全面介紹

Saved in:
書目詳細資料
Main Authors: Kartini Aboo Talib @ Khalid,, Norshuhada Shiratuddin,, Shahizan Hassan,, Zainatul Shuhaida Abdul Rahman,, Nurul Labanihuda Abdul Rahman,
格式: Article
語言:English
出版: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2018
在線閱讀:http://journalarticle.ukm.my/13112/1/21493-87986-1-PB.pdf
http://journalarticle.ukm.my/13112/
http://ejournal.ukm.my/mjc/issue/view/1086
標簽: 添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
實物特徵
總結:Artikel ini mengupas isu belia terpinggir dan proses sosialisasi yang menghasilkan tingkahlaku dan perspektif relatif belia semasa berhadapan dengan media baru. Revolusi 4.0 yang dibahas oleh Klaus Schwab menganalisis bagaimana kemajuan teknologi dan masyarakat boleh saling hidup bersama-sama kerana kepantasan kemajuan teknologi ini mendesak masyarakat berubah dari segi saiz, kelajuan dan skop. Persoalannya adakah belia dan proses sosialisasi yang berbeza dan pelbagai berupaya menyediakan golongan belia dengan cabaran revolusi teknologi dan penggunaan media baru? Potensi kebaikan dan keburukan dilihat seimbang dan proses konstruksi sosial diperlukan sebagai persediaan menjadikan belia lebih celik teknologi serta berintegriti dalam melakukan urusan harian dan kepenggunaan media baru. Teori ‘relational’, teori tingkah laku relatif dan konsep sosialisasi digunakan dalam menilai tingkahlaku belia terpinggir di beberapa kawasan luar bandar dan bandar. Teknik temubual kumpulan fokus bersama lima kumpulan belia terpinggir telah dijalankan dengan penyertaan sukarela responden dan pemilihan sampel bertujuan dilakukan dalam memilih belia lingkungan usia 15 hingga 24 tahun. Hasil kajian menunjukkan corak tingkahlaku belia terpinggir yang skeptikal terhadap penggunaan media baru. Penjelasan kepada sikap relatif ini adalah disebabkan proses sosialisasi, kelas, spatial, pendedahan dan tahap pendidikan yang menjadikan tingkah laku dan perspektif belia terpinggir berbeza dengan konsep Barat mengenai belia.