Kerajaan perpaduan dalam wacana parti politik Melayu-Muslim di Malaysia

Hampir sedekad kontroversi Kerajaan Perpaduan menjadi polemik yang mempengaruhi permuafakatan politik selepas Pilihan Raya Umum ke-13. Walaupun cadangan tersebut telah ditolak, namun wacananya menjadi polemik yang mengundang pelbagai kontroversi terutama dalam kalangan parti politik Melayu-Musli...

وصف كامل

محفوظ في:
التفاصيل البيبلوغرافية
المؤلف الرئيسي: Wafdi Auni Mohamed,
التنسيق: مقال
اللغة:English
منشور في: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2019
الوصول للمادة أونلاين:http://journalarticle.ukm.my/13851/1/32807-102544-1-PB.pdf
http://journalarticle.ukm.my/13851/
http://ejournals.ukm.my/jhadhari/issue/view/1186
الوسوم: إضافة وسم
لا توجد وسوم, كن أول من يضع وسما على هذه التسجيلة!
الوصف
الملخص:Hampir sedekad kontroversi Kerajaan Perpaduan menjadi polemik yang mempengaruhi permuafakatan politik selepas Pilihan Raya Umum ke-13. Walaupun cadangan tersebut telah ditolak, namun wacananya menjadi polemik yang mengundang pelbagai kontroversi terutama dalam kalangan parti politik Melayu-Muslim di Malaysia. Polemik ini juga telah mencetuskan perpecahan Pakatan Rakyat (PR) iaitu sebuah permuafakatan politik dalam kalangan parti-parti utama pembangkang pada 2015. Berdasarkan senario ini, timbul persoalan, apakah yang dimaksudkan dengan pembentukan kerajaan perpaduan di Malaysia? Apakah polemik yang telah berlaku? Adakah kerajaan perpaduan hanya berfokus terhadap kerjasama parti politik Melayu-Muslim sahaja? Makalah ini secara umumnya berhasrat mencari jawapan kepada persoalan ini. Oleh yang demikian, makalah ini dilakukan untuk menganalisis polemik kerajaan perpaduan dalam wacana politikal parti politik Melayu-Muslim. Bagi mencapai objektif ini, data yang digunakan diperoleh daripada temu bual dengan sembilan orang responden dan dianalisis menggunakan analisis kandungan berbantukan perisian ATLAS.ti. Dapatan kajian ini menunjukkan wacana yang bersifat politik mempengaruhi dalam kalangan parti politik Melayu-Muslim menjadi faktor utama kegagalan pembentukan kerajaan.