Kos sara hidup tinggi di Malaysia : pertumbuhan pendapatan isi rumah yang perlahan atau taraf hidup yang meningkat?
Kajian ini melihat punca kepada peningkatan kos sara hidup dengan mengkaji dua faktor utama kepada kenaikan kos sara hidup, iaitu faktor pendapatan yang rendah serta peningkatan taraf hidup yang terlalu pantas. Dalam pendekatan pertama, analisis regresi siri masa telah dibuat dengan menggunakan da...
保存先:
主要な著者: | , , , |
---|---|
フォーマット: | 論文 |
言語: | English |
出版事項: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2018
|
オンライン・アクセス: | http://journalarticle.ukm.my/19629/1/jeko_521-10.pdf http://journalarticle.ukm.my/19629/ https://www.ukm.my/jem/issue/v52i1/ |
タグ: |
タグ追加
タグなし, このレコードへの初めてのタグを付けませんか!
|
要約: | Kajian ini melihat punca kepada peningkatan kos sara hidup dengan mengkaji dua faktor utama kepada kenaikan kos
sara hidup, iaitu faktor pendapatan yang rendah serta peningkatan taraf hidup yang terlalu pantas. Dalam pendekatan
pertama, analisis regresi siri masa telah dibuat dengan menggunakan data daripada Laporan Penyiasatan Pendapatan
bagi membandingkan perubahan pendapatan berbanding pertumbuhan kadar inflasi dari tahun ke tahun. Sementara
itu, analisis keanjalan perbelanjaan isirumah berdasarkan perubahan pendapatan isirumah telah digunakan dalam
pendekatan kedua untuk mengkaji corak perubahan taraf hidup isi rumah. Bagi mendapatkan keanjalan perbelanjaanpendapatan,
satu model regresi linear log-log beserta pembolehubah interaksi telah digunakan pada data tiga jenis
perbelanjaan utama isirumah, iaitu makanan, pengangkutan dan perumahan. Keanjalan perbelanjaan-pendapatan
isirumah juga telah diteliti mengikut strata pendapatan (B40, M40 dan T20) serta lokasi isirumah (bandar/luar
bandar) untuk melihat perubahan keanjalan perbelanjaan-pendapatan terhadap pembolehubah tersebut. Hasil kajian
ini mendapati pendapatan telah meningkat lebih pantas berbanding kadar inflasi dari tahun ke tahun. Selain itu,
taraf kehidupan isirumah juga didapati meningkat dengan lebih pantas seperti yang dibuktikan melalui keanjalan
perbelanjaan-pendapatan yang tinggi bagi sesetengah jenis barangan. Hal ini mencadangkan bahawa corak
perbelanjaan dan gaya hidup menjadi punca yang dominan yang membawa kepada masalah kos sara hidup. |
---|