Faktor tingkah laku merokok dalam kalangan mahasiswa universiti

Tingkah laku merokok dianggap sebagai aktiviti negatif yang boleh memberi kesan terhadap kesihatan khususnya kepada individu, keluarga dan masyarakat. Sebahagian perokok di Malaysia adalah daripada golongan remaja. Begitu juga, mahasiswa di Institut Pengajian Tinggi, mereka juga terdiri daripada g...

詳細記述

保存先:
書誌詳細
主要な著者: Mahathir Yahaya,, Noremy Md Akhir,, Mohd Nazrie Sulaiman,
フォーマット: 論文
言語:English
出版事項: Pusat Hal Ehwal Pelajar, Universiti Kebangsaan Malaysia 2018
オンライン・アクセス:http://journalarticle.ukm.my/20027/1/admin_personalia%2C%2BArtikel-15_NOREMY-MD-AKHIR.pdf
http://journalarticle.ukm.my/20027/
https://www.ukm.my/personalia/publication-category/jilid-21-bil-2/
タグ: タグ追加
タグなし, このレコードへの初めてのタグを付けませんか!
その他の書誌記述
要約:Tingkah laku merokok dianggap sebagai aktiviti negatif yang boleh memberi kesan terhadap kesihatan khususnya kepada individu, keluarga dan masyarakat. Sebahagian perokok di Malaysia adalah daripada golongan remaja. Begitu juga, mahasiswa di Institut Pengajian Tinggi, mereka juga terdiri daripada golongan remaja yang mempunyai keinginan yang sama dan tidak terkecuali daripada tingkah laku merokok. Namun, apakah sebenarnya faktor yang mempengaruhi mahasiswa terlibat dalam tingkah laku merokok sedangkan mereka sering dijadikan model dan idola kepada golongan remaja. Malah mahasiswa juga sering dianggap sebagai aset dalam tunjang pembangunan negara pada masa hadapan. Oleh itu, tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk meneroka faktor yang mendorong mahasiswa terlibat dalam tingkah laku merokok. Kajian yang dijalankan adalah berbentuk kualitatif dengan menggunakan kajian kes sebagai reka bentuk kajian. Seramai enam orang perokok tegar yang terdiri daripada pelajar tahun akhir peringkat ijazah di Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah dipilih sebagai responden menggunakan persampelan snow ball (bola salji). Teknik pengumpulan data yang digunakan adalah temu bual secara bersemuka menggunakan panduan soalan semi struktur. Data yang diperoleh seterusnya dianalisis menggunakan tematik analisis. Hasil kajian yang dijalankan mendapati, faktor yang mempengaruhi responden dalam tingkah laku merokok adalah pengaruh rakan, tekanan, kepuasan peribadi, sifat ingin tahu dan persepsi peribadi. Oleh itu, kajian yang dijalankan ini diharap akan dapat membantu pihak universiti merangka tindakan khusus atau menambah baik intervensi sedia ada bagi memastikan mahasiswa universiti bebas daripada tingkah laku merokok.