Pemerkasaaan ekonomi (keusahawanan) wanita OKU fizikal: cabaran memulakan perniagaan
Makalah ini akan membincangkan penemuan kajian yang telah dijalankan bagi meneroka cabaran wanita kurang upaya (OKU) fizikal dalam keusahawanan. Skop penerokaan melibatkan fasa permulaan perniagaan yang memerlukan informan menceritakan pengalaman berhadapan cabaran awal dalam perniagaan. Kajian...
保存先:
主要な著者: | , , |
---|---|
フォーマット: | 論文 |
言語: | English |
出版事項: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2023
|
オンライン・アクセス: | http://journalarticle.ukm.my/22865/1/Akademika_93_3_14.pdf http://journalarticle.ukm.my/22865/ https://ejournal.ukm.my/akademika/issue/view/1594 |
タグ: |
タグ追加
タグなし, このレコードへの初めてのタグを付けませんか!
|
要約: | Makalah ini akan membincangkan penemuan kajian yang telah dijalankan bagi meneroka cabaran wanita kurang
upaya (OKU) fizikal dalam keusahawanan. Skop penerokaan melibatkan fasa permulaan perniagaan yang memerlukan
informan menceritakan pengalaman berhadapan cabaran awal dalam perniagaan. Kajian direkabentuk menggunakan
pendekatan kualitatif sepenuhnya dengan pengumpulan data menggunakan kaedah Kumpulan Perbincangan Berfokus
(Focus Group Discussion). Lokasi kajian melibatkan empat zon Malaysia iaitu zon Utara, Timur, Tengah dan Selatan.
Seramai 34 orang wanita OKU fizikal yang merupakan peniaga telah dipilih untuk ditemubual. Pemilihan informan
dibuat secara bertujuan dengan memilih penerima geran pelancaran Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia. Analisis
tematik yang dijalankan menunjukkan terdapat tiga cabaran utama yang dihadapi oleh informan ketika fasa memulakan
perniagaan iaitu: i- kurang akses kepada maklumat, ii- implikasi ketidakupayaan fizikal dan iii- cabaran dwi-peranan. Hasil kajian memberi implikasi terhadap usaha pihak berkepentingan meningkatkan pencapaian memperkasakan
wanita OKU fizikal dalam memulakan perniagaan. Di samping itu, makalah ini turut membincangkan justifikasi
ilmiah kepada cadangan bagi pembinaan Model Pemerkasaaan Ekonomi (Keusahawanan) Wanita OKU Fizikal sebagai
output kajian ini. |
---|