Jangan jadikan tangan kita 'cangkul' gali lubang neraka
“Jika bicara itu nilainya seperti perak, maka diam pula pastinya lebih bernilai daripada emas dan berlian.” Benar sekali! Diam itu sangat mahal mampu menyelamatkan kita dalam banyak perkara. Sabda Nabi SAW: مَنْ صَمَتَ نَجَا Ertinya: Sesiapa yang diam akan selamat (daripada bencana dunia d...
保存先:
第一著者: | |
---|---|
フォーマット: | 論文 |
言語: | Malay |
出版事項: |
Utusan Malaysia Sdn. Bhd.
2023
|
主題: | |
オンライン・アクセス: | http://irep.iium.edu.my/103053/1/103053_Jangan%20jadikan%20tangan%20kita%20cangkul%20gali%20lubang%20neraka%20-%204%20Januari%202023.pdf http://irep.iium.edu.my/103053/ https://www.utusan.com.my/category/gaya/agama/ |
タグ: |
タグ追加
タグなし, このレコードへの初めてのタグを付けませんか!
|
要約: | “Jika bicara itu nilainya seperti perak, maka diam pula pastinya lebih bernilai daripada emas dan berlian.”
Benar sekali! Diam itu sangat mahal mampu menyelamatkan kita dalam banyak perkara. Sabda Nabi SAW:
مَنْ صَمَتَ نَجَا
Ertinya: Sesiapa yang diam akan selamat (daripada bencana dunia dan akhirat) (Sunan al-Tirmidhi, 2425 – dinilai lemah oleh sebahagian ulama’ hadith).
Amaran keras tentang pengurusan lidah lidah atau lidah maya dalam media sosial sudah lama ditegaskan Nabi SAW:
إِنَّ الْعَبْدَ لَيَتَكَلَّمُ بِالْكَلِمَةِ يَنْزِلُ بِهَا فِي النَّارِ أَبْعَدَ مَا بَيْنَ الْمَشْرِقِ وَالْمَغْرِبِ
Ertinya: Sesungguhnya seorang hamba (manusia) boleh sahaja bercakap sesuatu perkara yang tidak dapat dipastikan kebenarannya, lalu (perkara itu) AKAN MENJERUMUSKANNYA SEMAKIN DALAM KE DALAM NERAKA SEJAUH ANTARA TIMUR DAN BARAT (Sahih Muslim, 5303).
Dewasa ini, kita dapati pengaruh netizen sangat kuat sehingga ia seolah-olah menjadi satu jabatan tidak rasmi kerajaan dalam negara. Apa sahaja isu yang timbul, para pengguna media social atau netizen akan turun ke gelanggang media social untuk bersuara, tanpa mengira suara mereka itu harum atau busuk. |
---|