Pendekatan harmoni Syeikh Dawud al-Fatani dalam isu -isu Akidah dalam masyarakat Melayu: tumpuan terhadap polemik ayat-ayat Mutasyābihāt

Shaykh Dawud al-Fatani merupakan di antara ulama dan pengarang terulung di Kepulauan Melayu pada akhir kurun ke-18 dan 19. Beberapa karangan beliau telah menjadi rujukan utama di Alam Melayu dalam ilmu akidah, fiqh, dan tasawwuf. Sebahagian kitab-kitab beliau seperti al-Durr al-Thamin, Munyat al-Mus...

全面介紹

Saved in:
書目詳細資料
主要作者: Mohamad, Hasbullah
格式: Conference or Workshop Item
語言:English
出版: School of Humanities, Universiti Sains Malaysia (USM) 2017
主題:
在線閱讀:http://irep.iium.edu.my/61071/1/61071_Pendekatan%20Harmoni%20Syeikh%20Dawud.pdf
http://irep.iium.edu.my/61071/
http://insist.usm.my/images/pdf/Proceedings-INSIST-2017---Final.pdf
標簽: 添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
實物特徵
總結:Shaykh Dawud al-Fatani merupakan di antara ulama dan pengarang terulung di Kepulauan Melayu pada akhir kurun ke-18 dan 19. Beberapa karangan beliau telah menjadi rujukan utama di Alam Melayu dalam ilmu akidah, fiqh, dan tasawwuf. Sebahagian kitab-kitab beliau seperti al-Durr al-Thamin, Munyat al-Musalli, Furu’ al-Masa’il dan Minhaj al-Abidin menjadi rujukan penting dalam pengajian ilmu di sana. Ini membuktikan bahawa pengaruh beliau amat besar dan signifikan. Di samping kesarjanaannya yang tinggi dalam pelbagai disiplin ilmu, beliau juga mempunyai pendekatan yang unik di dalam mengupas isu-isu akidah khususnya dalam masyarakat Melayu yang menjadi perbahasan di kalangan ulama di zamannya. Di dalam isu ayat-ayat Mutasyabihat, beliau menyelesaikan polemik Salaf dan Khalaf dengan mengambil pendekatan harmoni untuk megelakkan perpecahan terutamanya di kalangan masyarakat Melayu. Kajian ini bertujuan untuk memastikan bagaimanakah beliau menggunakan pendekatan harmoninya di dalam menguruskan polemik tersebut dengan mengambil kira tahap dan status keilmuan seseorang sebagai asas penilaiannya ke arah mencapai matlamat akidah iaitu ma’rifat Allah (mengenal Allah). Penggunaan dalil-dalil naqli dan aqli juga merupakan sebahagian daripada metodologi beliau dalam menguruskan perkara tersebut. Justeru, kajian ini akan menyerlahkan kematangan dan kesarjanaan beliau di dalam perkembangan ilmu khususnya di Kepulauan Melayu yang boleh menjadi panduan untuk generasi kini dalam menelusuri polemik masyarakat Islam secara harmoni.