Teks ucapan MoU diantara USM dan V & “International Colloquium on Public Health Food Security and Climate Change” / Prof. Madya Ts. Dr. Wan Ismahanisa Ismail

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh 1. Alhamdulillah, dengan limpah kurnia dan perkenan Allah S.W.T., saya berbesar hati berada di sini pagi ini dalam program "Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) di antara Pusat Pengajian Sains Kajihayat (SBS) dan Universitas Airlangg...

詳細記述

保存先:
書誌詳細
第一著者: Ismail, Wan Ismahanisa
フォーマット: Conference or Workshop Item
言語:English
出版事項: 2024
主題:
オンライン・アクセス:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/105644/1/105644.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/105644/
タグ: タグ追加
タグなし, このレコードへの初めてのタグを付けませんか!
その他の書誌記述
要約:Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh 1. Alhamdulillah, dengan limpah kurnia dan perkenan Allah S.W.T., saya berbesar hati berada di sini pagi ini dalam program "Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) di antara Pusat Pengajian Sains Kajihayat (SBS) dan Universitas Airlangga, UNAIR, Indonesia" dan Hari pertama “International Colloquium on Public Health Food Security and Climate Change” pada sesi petang. Saya mengalu-alukan kehadiran semua di sini untuk datang ke kampus UiTM Bertam esok, untuk hari kedua dan majlis penutup sesi kolokium. 2. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan majlis yang cukup bermakna ini. Saya amat berbesar hati untuk menyampaikan kepada anda semua mengenai sambutan hangat oleh pihak, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Pulau Pinang, Kampus Bertam. Ini adalah masa yang sesuai untuk memperbaharui hubungan dan membincangkan lebih banyak kerjasama akan datang bagi mencapai kepentingan bersama di antara semua perwakilan dari Indonesia dan Malaysia. Dr, Tuan-tuan dan Puan-puan, 3. Sebelum saya meneruskan lebih jauh, izinkan saya berkongsi dengan anda semua tentang Kolaborasi Khidmat Masyarakat Antarabangsa di antara UNAIR dan UiTM. Program kerjasama ini merupakan agenda penting dalam pendidikan abad ke-22 dan ia dirancang pada tahun 2024 dengan menekankan sinergi penyelidikan dan pendidikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang dilihat sebagai penggerak untuk membentuk modal insan khususnya kepada semua pensyarah dan pelajar.