Teks ucapan perasmian Bertam Beraya 2022 / Dr Siti Nur Fadzilah Muhsain

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh Salam Keluarga Malaysia Salam Keluarga UiTM 1. Alhamdulillah, marilah kita sama-sama memanjatkan kesyukuran ke hadrat ALLAH S.W.T. kerana dengan limpah dan kurniaNya dapat kita bersama-sama pada hari ini, berhimpun untuk bersama-sama merayakan Aidil F...

詳細記述

保存先:
書誌詳細
第一著者: Muhsain, Siti Nur Fadzilah
フォーマット: Conference or Workshop Item
言語:English
出版事項: 2022
主題:
オンライン・アクセス:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/105708/1/105708.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/105708/
タグ: タグ追加
タグなし, このレコードへの初めてのタグを付けませんか!
その他の書誌記述
要約:Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh Salam Keluarga Malaysia Salam Keluarga UiTM 1. Alhamdulillah, marilah kita sama-sama memanjatkan kesyukuran ke hadrat ALLAH S.W.T. kerana dengan limpah dan kurniaNya dapat kita bersama-sama pada hari ini, berhimpun untuk bersama-sama merayakan Aidil Fitri yang hampir ke penghujungnya. Tidak lupa juga barisan Jawatankuasa Eksekutif Negeri dan staf yang bersara yang hadir pada hari ini. Terima kasih banyak-banyak kerana sudi meluangkan masa untuk menyambut hari raya bersama kami di sini. Bagi pihak warga Kampus Bertam kami sangat mengalu-alukan kehadiran hadirin sekalian. 2. Tujuan sambutan Bertam Beraya 2022 ini dilakukan adalah untuk mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara kita semua. Mudah-mudahan dengan terlaksananya aktiviti seperti ini, dapat menguatkan lagi ikatan sesama warga khususnya warga Kampus Bertam. Dikesempatan ini juga marilah kita sama-sama memohon kemaafan. Kalau ada silap dan salah janganlah disimpan di dalam hati. Sama-samalah kita memberi kemaafan. Hadirin yang dihormati sekalian 3. Selain itu, tujuan sambutan Bertam Beraya ini dilakukan adalah sebagai tanda kesyukuran kita kepada Allah SWT., kerana segala nikmat yang diberikan kepada kita dapat berkumpul semula setelah 2 tahun tidak dapat meraikan lebaran secara sua muka wabak COVID19. Dalam kita bersuka ria, janganlah kita lupa kepada mereka yang kurang bernasib baik, serta amalkan SOP pencegahan COVID-19 dalam keseronokan kita pada hari ini.