Teks ucapan perasmian Bertam Beraya 2022 / Dr Siti Nur Fadzilah Muhsain

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh Salam Keluarga Malaysia Salam Keluarga UiTM 1. Alhamdulillah, marilah kita sama-sama memanjatkan kesyukuran ke hadrat ALLAH S.W.T. kerana dengan limpah dan kurniaNya dapat kita bersama-sama pada hari ini, berhimpun untuk bersama-sama merayakan Aidil F...

وصف كامل

محفوظ في:
التفاصيل البيبلوغرافية
المؤلف الرئيسي: Muhsain, Siti Nur Fadzilah
التنسيق: Conference or Workshop Item
اللغة:English
منشور في: 2022
الموضوعات:
الوصول للمادة أونلاين:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/105708/1/105708.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/105708/
الوسوم: إضافة وسم
لا توجد وسوم, كن أول من يضع وسما على هذه التسجيلة!
الوصف
الملخص:Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh Salam Keluarga Malaysia Salam Keluarga UiTM 1. Alhamdulillah, marilah kita sama-sama memanjatkan kesyukuran ke hadrat ALLAH S.W.T. kerana dengan limpah dan kurniaNya dapat kita bersama-sama pada hari ini, berhimpun untuk bersama-sama merayakan Aidil Fitri yang hampir ke penghujungnya. Tidak lupa juga barisan Jawatankuasa Eksekutif Negeri dan staf yang bersara yang hadir pada hari ini. Terima kasih banyak-banyak kerana sudi meluangkan masa untuk menyambut hari raya bersama kami di sini. Bagi pihak warga Kampus Bertam kami sangat mengalu-alukan kehadiran hadirin sekalian. 2. Tujuan sambutan Bertam Beraya 2022 ini dilakukan adalah untuk mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara kita semua. Mudah-mudahan dengan terlaksananya aktiviti seperti ini, dapat menguatkan lagi ikatan sesama warga khususnya warga Kampus Bertam. Dikesempatan ini juga marilah kita sama-sama memohon kemaafan. Kalau ada silap dan salah janganlah disimpan di dalam hati. Sama-samalah kita memberi kemaafan. Hadirin yang dihormati sekalian 3. Selain itu, tujuan sambutan Bertam Beraya ini dilakukan adalah sebagai tanda kesyukuran kita kepada Allah SWT., kerana segala nikmat yang diberikan kepada kita dapat berkumpul semula setelah 2 tahun tidak dapat meraikan lebaran secara sua muka wabak COVID19. Dalam kita bersuka ria, janganlah kita lupa kepada mereka yang kurang bernasib baik, serta amalkan SOP pencegahan COVID-19 dalam keseronokan kita pada hari ini.