Sumbangan zakat terhadap Sektor Pendidikan di Negeri Pulau Pinang Pada Tahun 2015-2016 / Nor Juliana Fitrah Haznan

Bantuan pendidikan merupakan salah satu bentuk bantuan terpenting kepada pelajar yang terdiri daripada golongan asnaf fakir dan miskin kerana pendidikan merupakan salah satu kaedah atau tiket penting yang dapat mengubah kehidupan dan mengeluarkan golongan ini daripada kepompong kemiskinan. Disebabka...

全面介绍

Saved in:
书目详细资料
主要作者: Haznan, Nor Juliana Fitrah
格式: Student Project
语言:English
出版: Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS) 2017
主题:
在线阅读:http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/23268/1/PPb_NOR%20JULIANA%20FITRAH%20HAZNAN%20ACI%20B%2017_5.pdf
http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/23268/
标签: 添加标签
没有标签, 成为第一个标记此记录!
实物特征
总结:Bantuan pendidikan merupakan salah satu bentuk bantuan terpenting kepada pelajar yang terdiri daripada golongan asnaf fakir dan miskin kerana pendidikan merupakan salah satu kaedah atau tiket penting yang dapat mengubah kehidupan dan mengeluarkan golongan ini daripada kepompong kemiskinan. Disebabkan oleh kepentingan pendidikan ini kepada pelajar yang merupakan daripada golongan asnaf fakir dan miskin, maka Pusat Urus Zakat giat memainkan peranan dalam menyalurkan dana zakat dalam bentuk bantuan pendidikan kepada para pelajar asnaf di negeri Pulau Pinang dan memastikan golongan pelajar ini mendapat peluang pendidikan dan berjaya seperti orang lain. Terdapat beberapa kes dilaporkan pada awal tahun 2013 termasuklah kes keciciran dalam pelajaran kerana gagal melunaskan yuran persekolahan. Kajian ini adalah secara kualitatif iaitu kajian dokumentasi yang menggunakan kaedah deduktif dan induktif dengan merujuk manual laporan zakat dan menemubual seorang pegawai zakat yang bernama En. Khairol Azhar. Hasil kajian mendapati bahawa PUZ ini telah pun melaksanakan pelbagai inisiatif dalam menawarkan bantuan kepada pelajar asnaf. Diharapkan kajian ini mampu memberikan gambaran bentuk bantuan zakat pendidikan yang diberi dan disediakan oleh pihak PUZ dalam membantu golongan ini mendapatkan peluang pendidikan sekaligus mendapat pekerjaan yang baik di masa hadapan yang turut menyumbang kepada pemerkasaan ekonomi ummah.